Sulit
5 tahun
Bersukan selepas czer
selamat malam doktor…saya bersalin secara emergency ceaser pada 16.04.19. saya ingin bertanya, bolehkah saya melibatkan diri dalam aktiviti sukan seperti bola tampar dan badminton setahun selepas pembedahan? saya amat menghargai maklumbalas dari doktor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian. Namun yang demikian, anda dinasihatkan untuk mulakan dan biasakan diri dengan senaman ringan terlebih dahulu. Lakukan senaman ringan dan sederhana sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jangan lupa lakukan regangan setiap kali sebelum mulakan senaman dan lakukan ‘cooling down’ sesudah senaman.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.