mawar09
5 tahun
Buang air besar. Kekerapan buang air besar
Saya pesakit cancer rectal dan telah menjalani plan cancer di Ikn.
Masalah saya kekerapan buang air besar. Sehari 4…5kali.Najis yg keluar sikit2 sahaja. Najis tak keras. Tetapi Kadang2 najis keluar tanpa disedari dan saya terpaksa duduk di bilik air jangka masa lama sebab najis keluar lambat sangat.
Bagaimana atasi masalah ini. Boleh kah saya makan Lactul solution untuk bagi najis keluar terus dua atau tiga hari sekali. Saya dapati kalau najis keluar banyak sekali tidak berlaku buang air besar yg kerap. Dia akan normal 1 kali sehari atau dua hari sekali.
Sya dah buat operate dahulu 5cm drp dubur dan dah disambung semula.
Apa nasihat Dr masalah saya ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami buat masa ini adalah normal kerana rectal cancer akan menyebabkan perubahan habitat pembuangan najis, najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa, cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor yang membuat pemeriksaan anda sebelum ini kerana beliau lebih memahami sejarah kesakitan anda selama ini. Ini membolehkan beliau memberikan saranan yang lebih bersesuaian untuk keadaan anda.
Sekiranya anda ingin dapatkan second opinion daripada pihak kami, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.