suezie1991
5 tahun
Ceaser scar berdarah
9 bulan lps saye menjalan Emergency Ceaser (EC)…sekarang scar saye berdarah bole x saye pakai neosafe cream nie atau saye kne makan antibiotik??lg 1 benang dlm perot nie dy akn hilang sendri ke??berapa lame???
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya luka pada C-section berdarah kembali anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan akibat angin pasang pada luka teersebut, jangkitan kulit pada luka tersebut atau pun pendarahan semula. Rawatan adalah berdasarkan hasil pemeriksaan serta gejala lain yang mungkin anda alami seperti demam atau sakit perut. Mengenai jenis benang pula, terdapat dua jenis benang pada umumnya yang digunakan untuk menutup luka jahitan iaitu benang larut dan sintetik. Benang larut akan hilang dalam tempoh beberapa bulan awal dan sintetik pula perlu dibuka oleh jururawat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.