issacfui
5 tahun
Jahitan episiotomi terasa pedih
Saya baru lepas bersalin 29 hari yg lalu dan pagi tadi bila buang air kecil tiba2 terasa pedih pada luka jahitan…padahal sebelum ini saya ada periksa luka jahitan tapi tidak sakit pun…so apa yang patut saya buat…?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Lazimnya sakit pada tempat jahitan episiotomy akan berlarutan sehingga 3 minggu dan ada wanita yang mengalami rasa tidak selsea berlarutan sehingga sebulan. Oleh itu, penjagaan luka episiotomy adalah sangat penting untuk memastikan luka pembedahan itu cepat sembuh. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- terdapat sentuhan dengan tempat episiotomy
- jangkitan pada jahitan episiotomy
- jahitan terbuka
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.