1) Jangan sentuh jahitan luka episiotomi
Apa sahaja yang anda lakukan, jangan sentuh jahitan anda dan kalau boleh jangan sentuh langsung kawasan itu. Menyentuh kawasan jahitan dengan kerap boleh menyebabkan jangkitan. Juga, menyentuh ia boleh menyebabkan salah satu jahitan itu terkeluar. Adalah dinasihatkan untuk tidak menyentuh bekas luka dan biarkan ia sembuh secara semulajadi.
2) Gunakan botol muncung
Botol plastik muncung adalah biasanya disediakan di hospital supaya anda boleh membersihkan kawasan luka episiotomi. Anda boleh menggunakannya selepas mandi untuk membersihkan kawasan tersebut kerana anda tidak boleh menggunakan tisu tandas lagi; ia boleh menjejaskan jahitan tersebut. Botol ini sangat berguna, jadi saya cadangkan anda meminta beberapa botol daripada jururawat untuk dibawa pulang ke rumah.
3) Kain lembap dengan sabun
Apabila anda sedang mandi, saya mencadangkan dan menasihati anda untuk menggunakan kain lembap dengan sedikit sabun di atasnya dan gunakannya terhadap bekas luka selama beberapa hari sahaja. Anda boleh tekapkan kain tersebut dengan lembut di bekas luka untuk memastikan ia bersih. Menggunakan tangan boleh merengsakannya dan boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan juga. Anda hendaklah melakukannya dengan berhati-hati supaya jahitan itu tidak tercabut.
4) Kain kering
Kain kering membantu mengeringkan bekas jahitan luka setelah mandi. Sekali lagi, perlahan-lahan tekap kawasan tersebut untuk keringkannya dan jangan tergesa-gesa kerana anda mungkin terasa sakit semasa proses tersebut.
5) Jangan bengkokkan badan atau angkat objek berat
Jangan bengkokkan badan untuk mendapatkan sesuatu dari lantai kerana jahitan anda mungkin akan tercabut dan kemudian anda perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan lebih banyak jahitan dan ini seharusnya dielakkan. Mintalah bantuan dari orang yang terdekat jika anda memerlukannya.
6) Duduk di atas bantal atau tempat yang lembut
Apabila anda sedang pulih dari luka episiotomi atau luka vagina, anda selalunya dinasihatkan untuk berehat secukup yang boleh. Dapatkan kerusi yang selesa untuk duduk jika anda sedang menyusukan bayi anda. Mungkin meletakkan bantal di atas kerusi atau sofa boleh membantu mengurangkan rasa sakit . Cuba untuk tidak berjalan banyak untuk kebaikan anda sendiri. Berjalan akan membuatkan anda bergesek dengan paha dan ini boleh menggangu penyembuhan anda. Jangan lakukan terlalu banyak kerja untuk beberapa hari selepas bersalin dan biarkan orang lain membantu anda.
7) Jangan bersetubuh atau melakukan hubungan seks
- Adalah disyorkan untuk menunggu 4 hingga 6 minggu sebelum bersetubuh dengan pasangan anda selepas bersalin atau seelok-eloknya selepas habis pantang iaitu 60 hari. Jika anda melakukan hubungan seks sebelum masa menunggu yang disyorkan, anda hanya membuat masa jagaan dan penyembuhan menjadi lebih lama, akan mendedahkan bekas luka anda terhadap jangkitan dan jahitan akan tercabut lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sentiasalah berunding dengan doktor anda dengan apa-apa soalan yang anda berasa tidak pasti.
- Pernafasan yang terkawal, bersama dengan penolakan yang betul semasa bersalin, akan membantu anda menjalani proses bersalin dengan baik dan dapat mengelak daripada prosedur episiotomi. Tidak meneran apabila diberitahu juga boleh memberi masa untuk perineum anda supaya mengembang dan elak daripada koyakan berlaku.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web
www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.