Sulit
4 tahun
Lebam di kaki dan tangan
Saya berumur 35 tahun… Sejak bulan mac 2020, lebam2 biru gelap selalu naik di bahagian kaki dan tangan… Lebam tu naik silih berganti,dalam masa 4 hari lebam lama akan hilang dan lebam baru akan muncul… Saya ambil ujian darah d klinik swast…hasil nya ujian darah saya ok, buah pinggan,hati,kolestrol semuanya ok… Saya ke klinik kerajaan pula untuk ambil ujian darah… Bacaan darah putih saya 10.7, doc kata itu tak bahaya… Bukan lukemia…jadi apa yang merunsingkan saya sekarang,lebam saya tak pernah berhenti… Boleh doc terangkan apa yang berlaku pada saya…saya risau sangat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah lebam yang sering berlaku di bahagian kaki dan tangan. Anda juga telah menjalani ujian darah dan doktor anda berpendapat bahawa gejala anda tidak perlu dibimbangkan.
Untuk makluman anda, kemungkinan apa yang disampaikan oleh doktor adalah betul. Namun, terdapat beberap penyakit yang boleh menyebabkan gejala senang lebam pada bahagian badan iaitu:
- Sindrom Cushing (Penyakit cushing)
- Penyakit darah kurang sel platelet
- Hemofilia A atau B (penyakit pembekuan darah yang lemah)
- Penyakit hati
- Kurang nutrisi
- Penyakit von Willebrand
- Kekurangan vitamin K, C dan B
- Memakan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan steroid.
- Memakan makanan supplemen organik seperti minyak ikan, ginseng, vitamin E , dan halia.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda sekali lagi sekiranya gejala yang anda hadapi semakin teruk dan berpanjangan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.