Sulit
4 tahun
Simptom kanser kolorektal yang serius tolong jawab
Saya mahu tanya soalan. Jika saya mempunyai simptom kanser kolorektal seperti sakit perut berpanjangan, hilang selera makan, sebu perut/angin, perubahan rutin buang air besar, adakah kanser tersebut berada pada tahap yang serius (yang tidak boleh sembuh) ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tahap keterukan barah tidak boleh dilihat melalui gejala kerana terdapat pesakit yang tidak mempunyai gejala yang teruk tetapi memiliki barah tahap 4. Ia hanya boleh dilihat melalui imbasan CT untuk mengenalpasti ketumbuhan pada bahagian organ lain. Selain itu, biopsi akan mengesahkan jenis kanser yang dihidapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.