- Masyarakat sekarang sudah biasa mempunyai masalah gigi berlubang. Hal ini juga menyebabkan kadar lawatan ke doktor gigi semakin meningkat
- Gigi berlubang bermakna gigi kita mengalami proses pereputan. Ini akan menyebabkan warna gigi dari putih bertukar ke hitam.
- Apabila dibiarkan, seluruh gigi akan menjadi hitam dan seterusnya mengakibatkan gigi tersebut jatuh.
- Masalah ini wujud selalunya pada kanak-kanak kecil serta golongan remaja dan inilah punca utama kehilangan gigi pada usia muda.
Apa rawatan apabila gigi berlubang (Tooth Cavity) rasa sakit?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar lepasan SPM. Saya sedang menunggu pengambilan universiti. Sepanjang proses penungguan ini, saya gemar keluar bersama rakan-rakan saya untuk mencuba pelbagai jenis makanan di sekitar tempat tinggal saya. Banyak juga makanan yang saya ambil terutamanya makanan yang manis kerana saya sangat menggemarinya.
Namun demikian, baru-baru ini saya mendapati gigi saya mempunyai tompok warna hitam. Pada mulanya, saya mengendahkannya tetapi lama kelamaan ianya menjadi lebih besar. Sekarang, saya langsung tidak boleh mengambil makanan yang sejuk. Ini akan menyebabkan saya rasa ngilu pada gigi tersebut. Selain itu juga, saya mendapati nafas saya juga berbau busuk walaupun baru menggosok gigi. Ini menyebabkan saya tidak dapat makan makanan yang saya gemari. Ini membimbangkan saya juga dan saya risau jika gigi tersebut terpaksa dicabut, ianya akan menyebabkan saya hilang keyakinan diri serta tidak dapat senyum lebar lagi.
Saya memberitahu ibu saya dan beliau mengatakan saya mungkin mempunyai gigi berlubang dan ianya harus tampal untuk jadi lebih baik. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa itu gigi berlubang? Apakah cara menghilangkan masalah gigi berlubang ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar lepasan SPM. Saya sedang menunggu pengambilan universiti. Sepanjang pros... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMATerima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, encik memang mempunyai masalah gigi berlubang (Tooth Cavity) seperti yang diberitahu oleh ibu encik. Gigi berlubang merupakan keadaan di mana bakteria akan makan permukaan gigi kita dan menjadikannya lembut serta berlubang.
Masalah ini jika berlarutan akan membawa kepada kejatuhan gigi tersebut. Selain itu, gigi tersebut akan mempunyai tompok hitam yang menandakan pertapakan bakteria yang sedang perlahan-lahan mengakibatkan pereputan gigi tersebut.
Langkah seterusnya
- Saya mendapati encik mempunyai masalah ini kerana banyak mengambil makanan serta minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Encik harus mengurangkan pengambilan gula serta memastikan kebersihan gigi dan mulut sentiasa terjaga pada setiap masa.
- Encik harus berjumpa dengan doktor gigi kerana gigi encik sudah berlubang dan ia perlu ditampal.
- Dengan penampalan pada gigi tersebut, lubang akan dapat ditutupi serta dapat mengelakkan rasa ngilu apabila makan atau minum minuman yang sejuk.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, encik memang mempunyai masalah <strong>gigi berlubang ... See More
Apakah itu gigi berlubang
Apakah penyebab gigi berlubang
Terdapat beberapa sebab yang jika tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya gigi berlubang.
- Penyebab utama masalah ini ialah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Hal ini kerana bakteria yang terdapat dalam mulut akan menukarkan gula dari makanan ke asid justeru asid tersebut akan makan gigi kita dengan perlahan-lahan. Lama kelamaan, gigi kita yang keras akan menjadi lembut serta berlubang. Proses ini tidak akan berlaku dalam semalaman, malah ianya akan berlaku dalam masa beberapa bulan. Masalah ini walaupung datang dengan perlahan, jika tidak dirawat pada tahap yang lebih awal akan mendatangkan pelbagai masalah yang tidak diingini.
- Masalah lain yang boleh mengundang gigi berlubang ialah pertumbuhan bakteria dalam mulut secara berleluasa. Hal ini boleh terjadi apabila seseorang itu tidak menjaga kebersihan mulut dengan elok. Ini boleh terjadi apabila kurang menggosok gigi atau menggosok gigi dengan teknik yang tidak betul. Berikutan itu, jika masalah ini berleluasa bukan sahaja dapat mendatangkan masalah gigi berlubang malah akan mengakibatkan penyakit gigi yang lain juga.
- Seterusnya, penyebab lain terjadinya gigi berlubang ini ialah tabiat merokok. Tabiat merokok ini dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria dalam mulut bertambah serta menyebabkan gigi menjadi kuning serta nafas berbau busuk sekali gus mendedahkan gigi kita kepada proses pereputan dengan lebih mudah.
Apakah gejala gigi berlubang
Terdapat banyak tanda-tanda yang boleh membantu kita mengenal pasti masalah gigi berlubang ini. Selain itu, setiap orang haruslah peka mengenai gejala gigi berlubang supaya jika berlaku pada anak mereka bolehlah mereka dengan segera mengenal pasti masalah yang dihadapi.
Antara gejala gigi berlubang ialah seperti:
- Gigi berwarna putih kapur
- Gigi mempunyai tompok hitam
- Ngilu apabila mengambil makanan atau minuman yang sejuk
- Sakit gigi
- Jika tompok hitam semakin membesar, gigi boleh patah
- Nafas bau busuk
- Rasa kurang enak dalam mulut
Apakah cara menghilangkan gigi berlubang
Cara menghilangkan masalah gigi berlubang harus diketahui oleh semua orang kerana jika ia berlaku kepada mereka atau anak mereka, langkah pencegahan boleh diambil
- Mengurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Menjaga kebersihan mulut
- Melawat doktor gigi
Cara utama untuk hilangkan masalah gigi berlubang ialah kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Hal ini bukan sahaja dapat mencegah berlakunya masalah gigi berlubang malah dapat mencegah berlakunya masalah kesihatan lain seperti kencing manis. Langkah ini harus dipraktikkan terutamanya dalam golongan kanak-kanak kerana mereka lebih senang terjebak ke dalam perangkap ini. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak mereka dan kurangkan pengambilan gula mereka serta rajin membawa mereka ke doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan gigi.
Kita juga boleh menghilangkan masalah gigi berlubang dengan menjaga kebersihan mulut kita. Hal ini kerana mulut merupakan sebuah tempat yang pengumpulan bakteria ada pada tahap yang agak tinggi. Oleh itu, penjagaan mulut yang rapi harus dikendalikan supaya dapat memastikan bakteria tidak dapat membawa malapetaka kepada kita. Penjagaan mulut yang dimaksudkan di sini ialah gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang baik. Selain itu juga, kita juga bolehlah menggunakan pencuci mulut untuk membasmikan kuman dalam mulut dari semasa ke semasa supaya mulut serta gigi kita akan kekal sihat sepanjang masa.
Kita juga haruslah mengamalkan lawatan ke doktor gigi. Hal ini akan memudahkan proses penjagaan gigi. Ini kerana doktor gigi akan memeriksa serta memastikan keadaan gigi kita sentiasa bersih dan tidak dijangkiti kuman. Lawatan ke doktor gigi haruslah dilakukan setiap 6 bulan untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Sekiranya didapati gigi kita mempunyai lubang, maka doktor gigi tersebut akan tampal gigi tersebut untuk menutupkan lubang pada gigi. Ini akan membantu menghilangkan perasaan ngilu apabila makan atau minum bahan sejuk.
Sebagai kesimpulan, kita harus memastikan kesihatan gigi kita sentiasa terjaga pada setiap masa. Oleh itu, langkah pencegahan kerosakan gigi haruslah dipraktikkan untuk mengekalkan kesenyuman supaya wajah kita akan sentiasa kelihatan ceria.
Encik juga haruslah menggosok gigi dengan lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya 3 kali dalam sehari serta sentiasa rajin melawat doktor gigi untuk pemeriksaan gigi.Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
References