Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemborong yang berusia 52 tahun. Saya seorang yang kuat bekerja, dari pagi sehingga malam. Saya tidak menghadapi sebarang masalah perubatan selain penyakit darah tinggi. Saya sedang mengambil ubat untuk penyakit ini.
Sejak akhir-akhir ini, saya mengalami beberapa gejala yang tidak normal. Saya rasa sangat dahaga walaupun saya minum sekurang-kurangnya 2 liter air pada setiap hari. Saya juga terpaksa kerap pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Selain itu, saya juga rasa sangat lapar kira-kira 2 jam selepas saya makan. Saya tidak pernah mengalami masalah sebegini sebelum ini. Penglihatan saya juga menjadi semakin kabur. Saya pernah cuba memakai cermin mata tetapi ia tidak berkesan. Ada kala juga saya rasa kekebasan dan kesemutan pada kaki saya. Tanda-tanda ini mengganggu aktiviti harian dan pekerjaan saya.
Saya berbincang dengan rakan saya tentang masalah ini dan dia berkata mungkin saya sedang menghadapi penyakit kencing manis. Saya amat bimbang akan keadaan saya, doktor. Betulkah gejala yang saya alami adalah tanda kencing manis?
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan gejala anda, kemungkinan besar anda sedang menghadapi penyakit kencing manis (Diabetes). Walau bagaimanapun, beberapa ujian darah harus dijalankan untuk mengenalpasti dan menentukan penyakit tersebut. Sekiranya ia membuktikan bahawa anda menghadapi penyakit kencing manis, anda haruslah berunding dengan doktor secepat yang mungkin untuk mengelakkan komplikasi daripada penyakit ini.
Kencing manis (diabetes) adalah kumpulan penyakit metabolik kronik yang menyebabkan tahap gula dalam darah (glukosa) yang tinggi di dalam badan. Ini adalah disebabkan oleh kecacatan pengeluaran dan/atau fungsi insulin. Insulin adalah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas apabila kita makan/minum. Insulin membolehkan gula untuk beralir dari darah ke sel-sel. Sekiranya sel-sel badan tidak menggunakan insulin dengan baik, atau jika badan tidak dapat membuat sebarang insulin dengan secukupnya, maka lebihan gula akan terbentuk dalam darah.
Kencing manis boleh dikategorikan kepada beberapa kategori yang berikut:
Kencing manis jenis 1 (Type 1 diabetes)
Kencing manis jenis 2 (Type 2 diabetes)
Kencing manis semasa kehamilan (gestational diabetes)
Kencing manis jenis 1 dan jenis 2 mungkin mempunyai nama yang sama, tetapi mereka adalah penyakit yang berbeza dengan sebab yang unik. Berikut adalah penyebab kencing manis mengikut jenis masing-masing:
Sistem imun akan menyerang dan memusnahkan sel beta yang menghasilkan insulin di pankreas. Selepas sel beta ini dimusnahkan, badan tidak dapat menghasilkan insulin. Penyelidik tidak tahu mengapa sistem imun menyerang sel-sel badan sendiri. Ia mungkin ada kaitan dengan faktor genetik dan persekitaran, seperti pendedahan kepada virus.
Faktor genetik dan persekitaran lain juga boleh menyumbang. Apabila kencing manis jenis 2 berkembang, pankreas anda akan cuba mengimbangi dengan menghasilkan lebih banyak insulin. Oleh kerana badan anda tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan, glukosa akan terkumpul di dalam aliran darah anda.
Gejala utama kencing manis adalah termasuk dahaga, kelaparan, dan kencing yang berlebihan.
Sekiranya kencing manis berkembang dengan cepat, seperti yang berlaku dengan kencing manis jenis 1, anda juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti penurunan berat badan yang cepat. Sekiranya diabetes berkembang dengan perlahan, seperti kencing manis jenis 2, anda mungkin tidak didiagnosis sehingga tanda-tanda jangka panjang muncul, seperti serangan jantung atau rasa sakit, kebas, dan kesemutan di kaki. Kedua-dua jenis kencing manis ini, jika tidak dikawal, berkongsi banyak gejala dan tanda yang serupa, termasuk:
Walaupun banyak gejala diabetes jenis 1 dan jenis 2 sama, mereka hadir dengan cara yang sangat berbeza. Gejala kencing manis jenis 1 berlaku dalam masa yang singkat , biasanya selama beberapa minggu.
Rawatan untuk penyakit manis boleh dibahagikan kepada perubahan gaya hidup dan ubatan. Perubahan gaya hidup selalunya merangkumi perubahan diet atau jenis makanan yang dimakan serta senaman untuk mengurangkan berat badan bagi golongan obesiti. Rawatan ubatan pula berdasarkan jenis kencing manis yang dihadapi, seperti yang berikut:
Rawatan untuk kencing manis jenis 1
Rawatan untuk kencing manis jenis 2
Sekiranya anda mengalami gejala atau tanda kencing manis seperti yang dinyatakan, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang sepenuhnya sebelum mengalami komplikasi yang berbahaya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - rawatan kencing manis, penawar kencing manis, penyebab sering buang air kecil
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my