Sulit
4 tahun
Bubonic plague dan covid-19
Salam sejahtera doktor, baru-baru ini penyakit bubonic plague ada dilaporkan dan saya risau jika ia menjangkiti saya dan orang tersayang. Saya ingin bertanya, apakah bezanya antara bubonic plague dan juga jangkitan covid-19 ?
4 tahun
Penyakit wabak bubonic disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis manakala jangkitan COVID-19 disebabkan oleh virus. Dari segi simptom pula, pesakit wabak bubonic akan menunjukkan simptom berikut:
- Selsema
- Pening kepala
- Muntah
- Demam
- Bengkak pada bening getah (lymph node)
- Sawan
Manakala, jangkitan COVID-19 memberikan impak kepada saluran pernafasan seseorang. Oleh itu, pesakit akan mengalami gejala berikut:
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Demam
Penyakit ini masih wujud sehingga kini walaupun amat jarang berlaku dan menurut Centre of Disease Control pada peringkat antarabangsa, secara purata terdapat 7 kes dalam setahun. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.