Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang bubonic plague
saya cari tentang sejarah pandemik dunia dan google ada memaparkan tentang buboni plague. Boleh saya tahu, adakah penyakit ini masih wujud ?
4 tahun
Terima kasih atas soalan anda
Bubonic plague sering dikatikan dengan Black Death dan ia merupakan pandemik paling teruk dalam sejarah manusia. Ia bermula di Asia barat daya dan merebak ke Eropah pada awal dekad 1340-an. Jumlah kematian di seluruh dunia akibat pandemik ini dianggarkan sebanyak 75 hingga 200 juta orang. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis. pada hari ketujuh setelah seseorang dijangkiti bakteria ini, pesakit akan menunjukkan simptom berikut:
- Selsema
- Pening kepala
- Muntah
- Demam
- Bengkak pada bening getah (lymph node)
- Sawan
Penyakit ini masih wujud sehingga kini walaupun amat jarang berlaku dan menurut Centre of Disease Control pada peringkat antarabangsa, secara purata terdapat 7 kes dalam setahun. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.