Sulit
4 tahun
Bubonic plaque ni tak de lagi ke doktor?
Salam sejahtera, doktor. sy ada terbaca pasal bubonic plaque ni. bahaya macam COVID ni jugak rupa outbreak dia. So, soalan saya sekarang ni memang tak de lagi ke bubonic plaque ni doktor? Or sebab kita dah ada vaccine against penyakit ni?
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih untuk soalan yang diajukan oleh anda. Penyakit wabak bubonic disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis manakala jangkitan COVID-19 disebabkan oleh virus. Dari segi simptom pula, pesakit wabak bubonic akan menunjukkan simptom berikut:
- Selsema
- Pening kepala
- Muntah
- Demam
- Bengkak pada bening getah (lymph node)
- Sawan
Manakala, jangkitan COVID-19 memberikan impak kepada saluran pernafasan seseorang. Oleh itu, pesakit akan mengalami gejala berikut:
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Demam
Penyakit ini masih wujud sehingga kini walaupun amat jarang berlaku dan menurut Centre of Disease Control pada peringkat antarabangsa, secara purata terdapat 7 kes dalam setahun.
Setakat ini, masih tiada lagi vaksin untuk merawat penyakit ini. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.