Sulit
2 tahun
Masalah bau badan yang kuat
Saya pelajar perempuan berusia 17 tahun. Saya ada masalah bau badan yang kuat sehingga kadang-kadang mesti cuci baju lebih dua kali/cuci tangan. Kalau mandi, saya tak boleh guna sabun biasa, kecuali sabun seperti Activeguard atau Lifebuoy. Setiap kali ke sekolah saya sudah pakai deodorant dan anti-respirant tetapi baunya masih mengganggu. Masalah ini bermula semasa saya berumur 11 tahun lagi, tetapi tidak pasti kalau ia bermula selepas saya akil baligh. Adakah ini masalah biasa? Adakah saya patut ambil ubat untuk masalah bau badan ini? Apa pandangan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah badan kuat berbau ini boleh disebabkan:
- Kuat berpeluh - akibat “hiperhidrosis primer” (punca yang tidak diketahui) atau sebab hipertiroid, penyakit Cushing
- Kebersihan diri - tidak memakai sabun atau deodoran
- Pemakanan yang kuat bau
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda,ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.