Sulit
3 tahun
Jenis-jenis talesimia
Saya ibu kepada seorang anak berusia 6 tahun… saya berjumpa doc pakar … dan doc pakar memberitahahu anak saya penghidap HB E-BETA THALASSEMIA. dan doc suruh anak saya tambah darah… pertanyaan saya sekarang ada bahaya HB E-BETA THALASSEMIA ini pada anak saya ? sebab saya kurang faham dengan penjelasan doc pakar itu kepada saya… sekian terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan informasi tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda adalah penghidap Beta-Thalassemia dan anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang penyakit tersebut.
Untuk pengetahuan anda, Beta-Thalassemia ada salah satu jenis penyakit Thalassemia yang berpunca daripada faktor keturunan dimana hemoglobin dalam darah adalah kurang. Tugas utama hemoglobin adalah membawa oksigen di dalam salur darah untuk kegunaan seluruh anggota tubuh manusia. Kekurangan hemoglobin akan mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam badan manusia dan akan memberikan simptom yang berikut:
- Kelesuan dan keletihan
- Kekurangan kekuatan fizikal
- Kulit yang pucat
- Kerapuhan tulang
- Tumbesaran yang lambat
- Bengkak abdomen
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap kesihatan anak anda dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.