Sulit
3 tahun
Kadar tekanan darah setiap hari saya adakah normal
Sy berumur 49 tahun…tekanan darah sy 100/70 adakah normal…selalunya bacaan atas tak sampai 100 pun…adajah bacaan itu baik utk saya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, tekanan darah anda adalah 100/70 mmHg dan anda ingin mengetahui sekiranya tekanan darah anda berada dalam keadaan normal.
Buat pengetahuan anda, julat tekanan darah yang normal adalah diantara 90/60 mmHg hingga 120/80 mmHg. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mengubah tekanan darah anda, antaranya adalah:
- Penyakit yang dihidapi
- BMI
- Keadaan Emosi
- Aktiviti fizikal
- Pemakanan
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda mempunyai keraguan dan memerlukan penerangan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.