Sulit
5 tahun
Masalah penyakit paru paru berair
Bapa mertua saya sudah ditebuk mengeluarkan air dari paru paru,soalan saya adalah apakah makanan yang sesuai di makan dan di minum untuk pesakit yang sudah di tebuk.soalan kedua,adakah penyakit tersebut akan berulang
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah paru-paru berair ini pada kebiasaannya disebabkan oleh kegagalan jantung mengepam darah keluar. Ia juga boleh disebabkan penyakit anemia (kurang sel darah merah), hipertiroid dan masalah ritma jantung. Bagi mengelakkan kejadian paru-paru berair ini berulang, kawalan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah ritma jantung adalah penting. Bagi faktor makanan, doktor hospital yang merawat ayah anda mungkin akan menasihatkan kawalan pengambilan gula, garam dan air agar jantung tidak bekerja terlalu kuat. Tiada suplemen atau makanan khusus bagi merawat kondisi ini melainkan mengawal penyakit-penyakit yang dialami ayah mentua anda.
Sekiranya ayah mentua anda mengalami gejala sesak nafas, sakit dada dan rasa hendak pitam, anda atau ahli keluarga perlu membawa segera ayah mentua anda ke hospital segera. Sekian