Apakah itu bisul (Boil) dan cara rawatannya?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 42 tahun. Saya mempunyai penyakit kencing manis kira-kira 2 tahun sekarang. Saya sedang mengambil ubat dan insulin untuk penyakit ini. Kawalan penyakit saya adalah baik, tetapi ada kalanya tahap gula darah saya terlalu tinggi walaupun sudah ambil ubat. Sejak 2 bulan yang lepas, saya perasan saya mempunyai bisul di bahagian belakang leher saya yang serupa jerawat. Saya tidak mempedulikannya, namun ia menjadi semakin besar dan menyakitkan. Bahagian bisul tersebut menjadi kemerahan dan panas. Saya juga berasa demam untuk beberapa hari yang lalu. Saya telah makan ubat panadol, tetapi tidak ada kesan pada bisul tersebut walaupun demam saya telah berkurang. Sekarang, terdapat lebih daripada satu bisul di sekelilingnya. Hal ini menyebabkan saya sukar tidur pada waktu malam dan rasa tidak selesa. Saya juga mengalami kesukaran untuk memakai pakaian kerana apabila ia bergeseran dengan bisul, ia lebih menyakitkan.
Apakah harus saya buat untuk merawat masalah bisul, doktor?
Apakah itu bisul
Apakah penyebab bisul
Masalah kesihatan yang berikut boleh menjadi punca orang lebih mudah terdedah kepada jangkitan bisul ini:
- Kencing manis
- Masalah dengan sistem imun
- Nutrisi yang kurang baik
- Kebersihan diri yang kurang baik
- Pendedahan kepada bahan kimia yang keras yang boleh merengsakan kulit
- Ekzema
- Jangkitan MRSA
Apakah gejala bisul
- Benjolan menjadi lebih lembut, lebih besar, dan lebih menyakitkan
- Bakteria dan sel-sel kulit yang mati akan membentuk nanah di bahagian atas bisul
- Kulit di sekitar bisul menjadi merah, menyakitkan, dan membengkak.
- Lebih banyak bisul boleh muncul di sekeliling yang asal.
- Demam
- Kelenjar getah bening mungkin menjadi bengkak
Apakah rawatan bisul
- Sapukan kompres panas dan rendamkan bisul dalam air suam. Ini akan mengurangkan kesakitan dan membantu menarik nanah ke permukaan. Setelah bisul datang ke permukaan kepala, ia akan pecah dengan berulang-ulang. Ini biasanya berlaku dalam tempoh 10 hari dari kemunculannya. Anda boleh membuat kompres panas dengan merendam kain dalam air suam dan memerah kelembapan berlebihan.
- Apabila bisul mula mengalir, basuh dengan sabun antibakteria sehingga semua nanah hilang dan bersihkan tangan dengan menggosok alkohol.
- Sapukan salap ubat (antibiotik topikal) dan balut bisul tersebut. Teruskan mencuci kawasan yang dijangkiti dua hingga tiga kali sehari dan menggunakan kompres panas sehingga luka sembuh.
- Jangan pop bisul dengan jarum. Ini boleh membuat jangkitan lebih teruk.
- Jangan memicit atau mencalar bisul. Memicit bisul boleh menolak jangkitan lebih mendalam ke dalam kulit.
- Basuh kawasan bisul dengan sabun dan air dua kali sehari. Keringkan dengan baik.
- Pastikan menggunakan haba selama 3 hari selepas bisul dibuka. Letakkan pembalut padanya supaya cecair bisul tidak menyebar ke kawasan lain. Tukar pembalut setiap hari.
- Jika cecair bisul mengalir keluar dengan sendiri, biarkan ia mengalir keluar. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan dua kali sehari dengan sabun dan air.
- Untuk membantu mencegah jangkitan dari merebak, jangan berkongsi tuala dan kain lap dengan orang lain.
- Doktor mungkin menetapkan antibiotik jika jangkitan bisul teruk. Sekiranya cecair di dalam bisul dikeluarkan, “culture” boleh dilakukan untuk menentukan jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan serta untuk menilai jika antibiotik yang sesuai diberikan.
- Doktor anda juga boleh menetapkan antibiotik untuk menghentikan jangkitan. Ambil antibiotik anda seperti yang diarahkan. Jangan hentikan mengambilnya oleh kerana anda berasa lebih baik atau bisul kelihatan lebih baik. Anda perlu mengambil antibiotik sepenuhnya untuk jangka masa yang telah ditetapkan.
Apakah cara mencegah bisul
- Berhati-hati ketika membasuh pakaian dan tuala ahli keluarga yang dijangkiti dengan bisul
- Membersihkan dan merawat luka kulit kecil
- Mengamalkan kebersihan diri yang baik
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Mengambil makanan yang mengandungi nutrien yang secukupnya
- Membasuh tangan dengan bersih sebelum merawat luka
Apakah komplikasi bisul
- Jangkitan atau “sepsis”Jangkitan dalam aliran darah mungkin berlaku selepas kemunculan bisul. Jangkitan jenis ini, yang dipanggil “sepsis”, boleh membawa kepada jangkitan di dalam lapisan jantung atau di dalam otak.
- MRSASatu lagi komplikasi yang mungkin dikaitkan dengan bisul ialah perkembangan jangkitan yang dipanggil MRSA. “Methicillin-resistant Staphylococcus aureus” (MRSA) merupakan sejenis jangkitan yang mempunyai rintangan terhadap kebanyakan antibiotik yang digunakan untuk merawat bisul. Jangkitan ini lebih serius dan doktor anda kemungkinan besar akan menetapkan jenis antibiotik yang berbeza yang dipanggil “vancomycin” jika anda mengalami jangkitan ini.
Sekiranya bisul yang anda alami tidak bertambah baik, anda harus berjumpa dengan doktor anda dengan segera untuk mencegah jangkitan yang lebih serius. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References