Jantung berlubang merupakan penyakit yang terjadi sejak lahir. Ini adalah masalah yang berlaku sejak lahir dan bukan penyakit berjangkit. Untuk memahami apa itu jantung berlubang, anda perlu tahu struktur jantung yang normal
Struktur Jantung
- Jantung normal mempunyai dua belah, belah kiri dan kanan.
- Jantung sebelah kiri menerima darah yang pekat dengan oksigen dari paru-paru dan kemudian mengepamnya ke seluruh badan.
- Jantung sebelah kanan menerima darah semula dari badan dan memulangkannya ke paru-paru.
- Darah di jantung sebelah kanan mempunyai kandungan oksigen yang sangat rendah.
- Darah di antara dua bahagian jantung ini tidak akan bercampur kerana terdapat otot yang berfungsi sebagai dinding di antara kedua belah jantung ini yang dipanggil ‘septum’.
- ‘Septum’ ini penting untuk memastikan pengangkutan oksigen sentiasa cekap dan berjalan lancar.
- Jantung berlubang terjadi apabila terdapat lubang di ‘septum’ ini. Ia menyebabkan percampuran antara darah di kedua-dua belah jantung.