Senarai di atas merupakan kebanyakkan penyakit yang memerlukan konsultasi dari doktor dan cara mengatasi bengkak kaki berbeza mengikut penyakit. Walaubagaimanapun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melegakan gejala bengkak kaki secara alami. Antaranya ialah:
- Jika sedang dalam perjalanan yang mengambil masa yang panjang dan sekiranya anda yang memandu, berhenti sebentar di kawasan rehat dan jjalan selama beberapa minit sebelum sambung memandu.
- Jika berada di atas kapal terbang atau bas, pastikan anda tidak duduk sepanjang perjalanan dan ambil masa untuk berjalan-jalan sebentar. Tetapi pastikan ia selamat untuk berjalan terlebih dahulu terutamanya dalam bas yang bergerak.
- Apabila baring dan tidur, letak bantal di bawah kaki agar kaki berada di paras yang lebih tinggi dari jantung. Ini membantu darah mengalir dengan baik ke jantung.
- Stokin tekanan/ compressive socks: Ini merupakan stokin yang memberi tekanan kepada saluran darah. Hati-hati: Jangan mengguna stokin yang terlalu ketat. Sila rujuk nasihat doktor sebelum mengguna stokin ini kerana jika anda terdapat penyakit arteri, memakai stokin ini boleh memudaratkan lagi keadaan.
Di bawah juga adalah senarai rawatan dan ubat yang mungkin doktor anda akan syorkan namun ia bergantung kepada individu.
Ubat jenis diuretik:
- Ubat ini berfungsi untuk membantu buah pinggang membuang air lebihan dalam saluran darah justeru menyebabkan pesakit lebih kerap kencing. Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung yang lemah, jika ubat diuretik tidak cukup untuk mengurangkan tahap air berlebihan dalam badan, doktor juga mungkin akan menasihatkan untuk hadkan jumlah pengambilan air dalam sehari.
Antibiotik:
- Bagi mereka yang bengkak kaki kerana jangkitan kuman, doktor akan memberi antibiotik sebagai cara mengatasi kuman tersebut dan apabila jangkitan pulih, bengkak kaki juga akan turut pulih.
Ubat antikoagulasi:
- Ubat ini digunakan untuk merawat DVT iaitu darah beku. Ubat ini penting supaya tidak terjadi penggumpalan darah yang boleh melibatkan saluran darah di paru-paru. Perkara ini sangat bahaya dan boleh membawa kepada maut. Kesan sampingan ubat antikoagulasi ialah risiko terjadinya pendarahan tidak terkawal.
Nasihat saya ialah untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca bengkak kaki sebelum mengambil langkah cara mengatasi bengkak kaki secara alami yang dinyatakan di atas.Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan anda. Jika anda masih mempunyai soalan tentang masalah ini, anda boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami di
www.doctoroncall.com.myTerima kasih.