Dikemaskini pada: Jun 5, 2020
Hello, doktor. Saya mempunyai beberapa soalan mengenai masalah sesak nafas yang saya hadapi. Kebelakangan ini, saya mengalami sesak nafas. Simptom ini berlaku hampir setiap hari selama tiga minggu. Tiga minggu yang lepas, saya menghidapi ‘flu’ di mana saya selsema, demam dan batuk berkahak. Walaupun tanda-tanda tersebut telah pergi dan hilang, saya masih rasa cepat penat dan sesak nafas. Saya tiada sakit dada tetapi dada rasa seperti berat apabila bernafas dan apabila bernafas, ia rasa seolah-olah nafas yang saya ambil tidak mencukupi. Rasa sesak nafas ini lebih teruk selepas bersenam.Sebelum ini saya aktif bersenam. Hampir hari-hari saya berlari hampir lima kilometer dan seminggu sekali bermain bola sepak. Tetapi sekarang saya penat walaupun melakukan senaman ringan. Kadangkala, saya juga akan batuk kering. Saya juga sekarang telah berhenti menggunakan alat hawa dingin kerana saya rasa ia memburukkan lagi keadaan. Saya ingin bertanya jika samada jika jangkitan ‘flu’ saya masih tidak pulih dan perlu antibiotik atau mungkin penyakit lain seperti asma? Bolehkah seorang dapat asma pada umur dewasa dan perlukah saya mengambil ubat? Terima kasih atas bantuan doktor.
Rujukan
Soalan berkenaan - ciri ciri sesak nafas, penyebab sesak nafas, tiba-tiba sesak nafas malam hari, Shortness Of Breath
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my