Ketahui Usia Janin Dalam Kandungan Anda Dengan Mudah Melalui 3 Kaedah Ini

3 Cara Menghitung Usia Kehamilan Yang Perlu Bakal Ibu Ketahui- DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya merupakan seorang wanita berumur 22 tahun dan baru sahaja disahkan mengandung. Namun, ketika saya berjumpa dengan doktor dan melakukan imbasan ultrasound, tidak ada janin yang dapat dilihat. Beliau mengatakan ia mungkin disebabkan usia janin masih terlalu awal iaitu 3 minggu. Disebabkan itu, saya diminta datang lagi selepas sebulan. Memandangkan ini merupakan anak sulung saya, maka saya amat teruja sehingga saya terlupa untuk menanyakan kemusykilan saya kepada doktor tersebut. Persoalan saya, bilakah masa paling awal saya boleh melihat janin? Dan bagaimanakah doktor tersebut boleh mengetahui umur janin saya? Di harap doktor boleh membantu saya. Terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya merupakan seorang wanita berumur 22 tahun dan baru sahaja disahkan mengandung. Namun, ketik... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas kandungan anda serta menggunakan perkhidmatan kami untuk mengajukan soalan ini. Untuk pengetahuan anda, melalui imbasan ultrasound abdomen, janin hanya boleh dilihat sekitar 6 minggu. Namun, janin boleh dilihat dengan lebih awal sekitar 4 minggu sekiranya menggunakan imbasan ultrasound melalui vagina. Oleh hal yang demikian, anda diminta untuk datang lagi sebulan kerana ketika itu, umur kandungan sudah seharusnya dapat dilihat dengan menggunakan imbasan ultrasound. Untuk soalan ke dua, saya berpendapat doktor tersebut mengira umur janin anda berpandukan kaedah kalendar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah ini serta kaedah lain yang digunakkan untuk mengira usia kehamilan, anda boleh membaca penulisan artikel di bawah.
Salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas kandungan anda serta menggunakan perkhidmatan kami ... See More

Kaedah Kalender

Kaedah Naegele’s merupakan rumus menghitung usia kehamilan dalam kebidanan. Selain dari menghitung usia janin di dalam kandungan, kaedah ini juga digunakkan untuk menghitung hari perkiraan lahir (due date).

Formula bagi kaedah ini mengambil kira bahawa kitaran haid bagi wanita tersebut adalah 28 hari dengan ovulasi berlaku pada pertengahan kitaran ini iaitu hari ke 14. Formula bagi kaedah ini adalah seperti berikut: 

Hari: (tarikh hari pertama haid terakhir + 7)

Kita beranggapan bahawa tempoh datang haid merupakan 7 hari dan 7 hari ditambah di sini kerana ovulasi berlaku pada hari ke 14

Bulan: (bulan pada saat haid terakhir - 3)

Di sini, cara menghitung usia kehamilan dalam bulan ditolak 3 kerana tempoh kehamilan dianggap berlaku selama 9 bulan. Setahun terdapat 12 bulan maka ditolak 3 untuk mendapatkan 9 bulan.

Sebagai contoh, tarikh hari pertama, haid terakhir adalah 1 May 2020 maka pengiraan adalah seperti berikut:

Hari: 1+7 = 8

Bulan: 5 - 3 = 2 

Tarikh perkiraan lahir adalah 8 Februari 2021

Sekiranya kitaran haid anda tetap namun tempoh adalah lebih dari 28 hari, kaedah ini masih boleh diguna dengan mengaplikasi konsep dimana hari ovulasi berlaku pada pertengahan kitaran. Sebagai contoh, kitaran anda tetap dalam 35 hari. Menggunakan tarikh seperti yang di atas, cara pengiraan akan menjadi seperti berikut:

Hari: 1 + 17/18= +18

Bulan:5 - 3 = 2

Tarikh perkiraan lahir adalah 18 Februari 2021

Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan. Sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang tidak tentu atau datang bulan hanya 3-4 kali setahun, sukar untuk mengetahui tarikh hari pertama, haid terakhir.


Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Imbasan Ultrasound

Ini adalah kaedah yang lebih tepat dan cara menghitung usia kehamilan jika lupa hpht (hari pertama haid terakhir). Selain itu ianya juga cara menghitung usia kehamilan jika haid tidak teratur. Sekiranya imbasan ini dilakukan sebelum 20 minggu, ianya adalah lebih tepat berbanding kaedah kalendar. Terdapat dua cara imbasan iaitu melalui transvaginal atau transabdominal. 

Imbasan melalui transvaginal biasanya dilakukan pada awal kehamilan kerana cara ini dapat melihat dengan lebih dekat janin di dalam kandungan. Hal ini kerana alat imbasa tersebut dimasukkan ke dalam vagina. Manakala, imbasan ultrasound abdomen pula dilakukan melalui dinding perut. Dengan cara ini janin hanya boleh dilihat ketika usia kendungan lebih kurang 5.5-6 minggu. 

Pada awal kandungan sebelum 12 minggu, umur janin akan dikira dengan menyukat crown-rump (dari kepala hingga punggung). Ketepatan pengiraan ini adalah + 5 hari. Manakala sekiranya imabasa kali pertama dilakukan sekitar 12-20 minggu, sukatan diambil dengan diameter biparietal, diameter kepala dan kepanjangan tulang femur (tangan). Ketepatan usia yang dikira pada masa ini adalah + 7 hari. Maka sekiranya usia yang dikira menggunakan imbasan ultrasound dengan kaedah kalendar berbeza melebihi 7 hari, usia yang dikira dengan imbasan ultrasound akan digunakan untuk mengira tarikh perkiraan lahir. Di sini, bakal ibu akan melihat doktor menulis REDD (revised estimated due date) yang membawa maksud tarikh tersebut ditentukan dengan menggunakan ultrasound berbanding dengan EDD (estimated due date) yang menggunakan kaedah kalendar.

Oleh itu, sekiranya para ibu disahkan hamil, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat buku merah jambu dengan awal agar pengiraan umur janin serta penentuan tarikh perkiraan lahir dapat dilakukan dengan lebih tepat. Selain itu, hal ini juga penting untuk memastikan kedudukan janin berada dalam rahim dan bukannya kandungan ektopik.

Melalui Ketinggian Puncak Rahim

Kaedah ini juga dikenali sebagai peraturan McDonald yang digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan janin semasa kehamilan. Ianya sering digunakan oleh jururawat atau doktor bagi meganggar usia janin semasa pemeriksaan abdomen. Perut akan disukat dari bahagian atas rahim ibu hingga ke atas simfisis kemaluan. Setiap satu cm mewakili 1 minggu. 

Namun demikian kaedah ini memerlukan latihan bagi memastikan lokasi tulang simfisis dan bahagian paling atas rahim. Oleh itu, berkemungkinan para wanita yang bukan dari bidang perubatan tidak dapat untuk mempraktikkan kaedah ini. Akan tetapi, sekurang-kurangnya ianya memberi idea sekiranya anda melihat jururawat atau doktor mengelurkan pita sukat dan menyukat perut anda. 


Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

References