Kepentingan asid folik (Folic Acid) untuk kesuburan dan kehamilan

Anonymous
Selamat pagi doktor, saya seorang wanita berumur 33 tahun. Saya sudah berkahwin selama 10 tahun. Saya tiada seorang anak selama ini. Saya pernah mengalami dua keguguran sebelum ini, saya 5 tahun sebelum ini dan satu lagi setahun sebelum ini. Dua keguguran itu berlaku dalam 10 minggu tempoh hamil saya. Mereka mengatakan bahawa tiada denyutan jantung. Saya sudah berjumpa dengan doktor mengenainya, mereka berkata tiada apa - apa yang kekurangan dengan saya atau suami saya. Mereka mengatakan saya perlu mengambil ubat asid folik sebelum saya rancang untuk mengandung selepas ini. Mereka mengatakan bahawa kesuburan saya adalah bagus dan suami saya juga sihat. Tetapi saya tidak pasti cara makan asid folic ini. Adakah saya perlu makan asid folik sebelum atau selepas makanan? Saya juga ingin mengetahui bahawa adakah wanita sahaja yang perlu makan ubat ini ataupun sesiapa pun boleh? Saya tidak pernah dengar mengenai asid folik sebelum ini oleh itu bolehkan doktor menerangkan lebih mengenainya seperti dimanakah asid folik wujud? Saya sudah baca banyak artikels mengenainya tetapi saya masih tidak pasti. Tolong menjelaskan keraguan saya doktor.
Anonymous
Selamat pagi doktor, saya seorang wanita berumur 33 tahun. Saya sudah berkahwin selama 10 tahun. Saya tiada seorang... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Asid folik adalah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan amat disarankan agar ibu atau wanita yang merancang kehamilan untuk mengambilnya. Dalam artikel di bawah, saya akan terangkan dengan lebih lanjut apakah kepentingan asid folik dan cara pengambilannya yang betul.
Terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Asid folik adalah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dala... See More

Apakah Itu Asid Folik?

Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Sel-sel pada tubuh badan kita berganti pada setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.

Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semula jadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.

Mengapakah Anda Perlukan Asid Folik ?

Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.

Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :

  • Autism : Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi
  • Bibir dan lelangit rekah (cleft palate)
  • Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
  • Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
  • Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
  • Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi
  • Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.

Dimanakah Asid Folik Wujud?

Asid folik wujud secara semulajadi dalam makanan seperti:

  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Kacang kering dan kacang polong (kekacang)
  • Bayam
  • Brokoli
  • Selada
  • Okra
  • Asparagus
  • Pisang
  • Tembikai
  • Ragi
  • Cendawan
  • Daging


Banyak makanan kini diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya adalah:

  • Roti yang diperkaya
  • Bijirin
  • Tepung
  • Pasta
  • Nasi
  • Produk bijirin lain


Terdapat juga banyak produk khusus kehamilan di pasaran yang telah diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya berada di tahap yang memenuhi atau melebihi jumlah folate harian yang patut diambil. Wanita perlu berhati-hati supaya tidak mengambil sejumlah besar produk ini dalam diet mereka bersama dengan multivitamin pranatal kerana pengambilan asid folik lebih banyak tidak diperlukan dan tidak memberikan sebarang faedah tambahan.

Apakah Cara Pengambilan Asid Folik ?

Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil.


Asid folik boleh diambil sebelum atau selepas makan. Jika terlupa ambil sebaik sahaja anda teringat. Anda tidak perlu menambah dos jika terlupa mengambil asid folik pada hari sebelumnya dan ambil mengikut dos seperti biasa.

Apakah Simptom Kekurangan Asid Folik Dalam Badan ?

Gejala - gejala kekurangan asid folik pada wanita, atau orang dewasa adalah :
  • Cirit-birit
  • Pertumbuhan uban
  • Ulser mulut
  • Ulser perut
  • Perkembangan tumbesaran terencat
  • Lidah bengkak (glossitis)
  • Keletihan
  • Ulser di sekeliling mulut
  • Lemah daya ingatan dan daya kognitif
  • Mudah marah
  • Hilang selera makan
  • Kurang berat badan

References