Minta penerangan tentang penyebab saya mengalami pendarahan awal kehamilan (Early Pregnancy Bleeding).

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 9, 2020

Soalan:
Salam doktor. Saya seorang ibu, berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pengurus butik, serta mempunyai 3 orang anak. Sekarang, saya sedang mengandung dan usia kehamilan saya ialah 12 minggu. Saya ingin bertanya mengenai pendarahan awal kehamilan. Dalam 3 hari yang lepas, saya mengalami pendarahan yang tidak terlalu banyak selepas melakukan aktiviti harian. Darah tersebut berwarna merah terang tetapi tiada sebarang ketulan darah yang kelihatan. Dan keesokan harinya, saya turut mengalami pendarahan yang sama dan keadaan ini membuatkan saya berasa agak risau.
Selain daripada itu, saya turut mengalami sakit-sakit di bahagian bawah abdomen tetapi kesakitan itu tidak merebak di kawasan yang lain. Sakitnya terasa seperti senggugut dan saya cuba mengurut sedikit dengan menggunakan losyen mustajab untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Selain itu, saya turut mengalami gejala-gejala kehamilan yang lain seperti mual dan muntah pada waktu pagi dan payudara terasa sakit kadang-kadang.
Pada pendapat doktor, apakah punca bagi gejala dan tanda-tanda yang saya hadapi ini dan adakah ia bermaksud sesuatu yang tidak baik? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Terdapat pelbagai berlakunya pendarahan di awal kehamilan(early pregnancy bleeding). Selalunya pendarahan di awal kehamilan menandakan sesuatu yang tidak baik tetapi anda tidak perlu risau kerana anda boleh dapatkan rawatan daripada doktor dengan segera. Antara masalah yang selalu dikaitkan dengan pendarahan di awal kehamilan adalah keguguran, kehamilan luar rahim dan kehamilan molar. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan. Sangat penting untuk ingat bahawa ia tidak semestinya tanda bagi sesuatu yang buruk. Walaubagaimanapun, pendarahan pada trimester kedua dan ketiga boleh membawa kepada komplikasi kehamilan. Pendarahan yang berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan masih perlu disiasat.

Apakah punca pendarahan awal kehamilan?

  • Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal. Ia biasanya menghasilkan darah yang sangat minimum, tetapi sering berlaku pada hari yang sama dengan tempoh haid anda. Ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu keliru sama ada ia disebabkan oleh darah haid atau kehamilan.
  • Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, tetapi status kehamilan anda masih dalam persoalan. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan seperti jangkitan salur kencing, dehidrasi, memakan ubat tertentu atau kecederaan fizikal.
  • Keguguran spontan atau lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran ini jika pendarahan dan kekejangan semakin berkurangan manakala rahim kosong berdasarkan penilaian ultrasound.
  • Keguguran tidak lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran jenis ini jika pemeriksaan pelvis menunjukkan serviks anda terbuka dan anda masih mengalami pendarahan, pengeluaran darah beku atau tisu-tisu.
  • Ovum yang hancur: Ia berlaku apabila ultrasound menunjukkan bukti bagi kehamilan di dalam rahim, tetapi embrio telah gagal untuk terbentuk di lokasi yang betul.
  • Kematian janin di dalam rahim: Ini berlaku jika bayi yang terbentuk di dalam rahim telah mati.
  • Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
  • Kehamilan molar: Hasil ultrasound anda mungkin menunjukkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim dan bukannya janin yang sedang membesar.
  • Pendarahan postkoital adalah pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
  • Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
  • Apakah gejala pendarahan awal kehamilan?

    Anda mungkin dapat merasai denyutan nadi yang laju dan ia meningkat apabila anda berdiri. Selain itu, pening boleh menjadi semakin teruk apabila anda berdiri. Gejala lain adalah:
    • Keletihan
    • Dahaga
    • Pening atau pengsan
    Nasihat berikut juga penting untuk diingat
    • Sangat penting untuk doktor mengetahui jumlah dan ciri-ciri pendarahan yang anda alami.
    • Kiralah bilangan pad yang digunakan dan sentiasalah mengambil perhatian terhadap apa-apa jenis ketulan darah atau tisu.
    • Sekiranya anda mengalami pendarahan dengan gumpalan tisu bawalah tisu tersebut dengan anda untuk pemeriksaan.

    Apakah tanda-tanda pendarahan awal kehamilan?

    Kebiasaanya kedua-dua tanda dibawah merupakan tanda pendarahan di awal kehamilan dan kadang-kadang hanya darah yang kelihatan tanpa sebarang kesakitan seperti senggugut.
    • Darah yang berwarna merah terang atau merah gelap dalam kuantiti yang sedikit
    • Kesakitan di bahagian bawah abdomen yang terasa seperti senggugut

    Apakah rawatannya?

    Rawatan bergantung pada punca berlakunya pendarahan dan doktor akan memberi fokus kepada bagaimana untuk menghentikan pendarahan tersebut. Doktor akan cuba untuk merawat gejala lain dan memeriksa status kesihatan janin di dalam rahim.

    Bilakah harus anda jumpa doktor?

    Jika anda mula mengalami pendarahan pada awal kehamilan, berjumpalah dengan doktor pakar wanita dengan segera. Tiada cara lain untuk menghentikan pendarahan semasa kehamilan, jadi anda hanya perlu berehat. Jangan mengangkat benda berat atau melakukan senaman berat. Berhenti sementara dari melakukan hubungan kelamin. Selain itu, kurangkan penggunaan tampon atau ‘douching’. Minum banyak air dan elakkan dari berlakunya dehidrasi. Sentiasa mengira bilangan pad yang digunakan dan peka jika pendarahan semakin meningkat atau berkurang.

    Bilakah saya perlu ke jabatan kecemasan?
    Pergi ke jabatan kecemasan jika keadaan berikut terjadi:
    • Anda mengalami pendarahan yang teruk atau kekejangan di bahagian bawah abdomen dan kontraksi yang teruk
    • Jika pendarahan faraj semasa hamil berlanjutan lebih dari 24 jam
    • Jika anda pengsan atau pening kepala yang teramat
    • Sekiranya anda mengalami pendarahan dan demam melebihi 100.5 F (38.05 C)
    • Sekiranya anda mengalami sakit lebih teruk daripada tempoh haid anda, atau kesakitan setempat yang teruk di bahagian abdomen, pelvis, atau belakang
    • Jika anda telah mengalami keguguran dan demam, sakit abdomen atau pelvis, atau pendarahan yang bertambah
    • Jika anda telah diberi rawatan perubatan untuk kehamilan luar rahim dengan methotrexate (Rheumatrex, Trexall) dan anda mengalami sakit abdomen atau pelvik dalam minggu pertama selepas suntikan
    Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika ianya bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

    Rujukan

    Konsultasi Atas Talian
    Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
    Konsultasi Doktor
    RM19.99
    Konsultasi Pakar
    Dari RM80
    Saringan Kesihatan PERCUMA
    Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
    Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


    Perlukan Nasihat Kesihatan?
    Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

    Anda sedia untuk lawan jangkitan?
    Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

    Farmasi Atas Talian
    Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

    Soalan berkenaan - pendarahan ketika hamil 6 minggu, pendarahan awal kehamilan berapa lama, keluar darah coklat ketika hamil, perbezaan darah haid dan darah awal kehamilan

    Tentang DoctorOnCall

    Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

    Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20