Sulit
2 tahun
Anak berak setiap hari
saya berusia 28 tahun, saya ingin bertanya mengenai anak saya sekarang berusia 4 bulan, 1 hari 4-6 kali dia akan berak dan najis itu berwarna kuning dan dalam keadaan cair adakah normal bagi anak saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi bayi yang menyusu badan, pada 6 bulan pertama usianya, kekerapan membuang air besar adalah sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari, tetapi mungkin hingga 4-12 kali untuk beberapa bayi. Selepas usia tersebut, bayi selalunya akan membuang air besar setiap 2-3 hari. Manakala bagi bayi yang meminum susu formula, pada 6 bulan pertama usia kehidupannya, kekerapan adalah sekurang-kurangnya 1-4 kali setiap hari. Selepas bulan pertama, kebanyakan bayi akan membuang air besar setiap hari atau setiap dua hari sekali. Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom seperti:
- najis berdarah
- najis putih atau kelabu
- lebih banyak najis sehari daripada yang biasa
- najis dengan sejumlah besar lendir atau air
- masalah membuang air besar ini berlarutan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.