Sulit
2 tahun
Ibu jari anak nak tercabut
Ibu jari Anak saya yang berumur setahun 4 bulan nak tercabut sebab tersepit pagar…kadang kala bila kuku tersebut terkena barang akan berdarah…adakah bahaya keadaan ini…perlu kah saya untuk ke hospital
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tulang-tulang pada waktu awal pembesaran kanak-kanak adalah sangat lembut dan sensitif terhadap sebarang trauma. Berdasarkan kepada pernyataan anda di atas bahawa ibu jari anak anda seperti hendak tercabut, ia menandakan bahawa anak anda mengalami kecederaan yang serius.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.