izzat.thaqifah91
2 tahun
Bayi tidak berak hanya minum susu ibu
Bayi sy berumur 3 bulan lebih, hanya mnum susu ibu dan kdang2 air masak, dia sudah tidak berak 4 hari dan ini kali k2 terjadi. Dia mnum susu seperti biasa, aktif sprti biasa dan smuanya normal. Dia kentut sahaja tapi tidak berak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya sembelit dikaitkan dengan kondisi di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kekerapan membuang najis adalah sangat tidak kerap. Berdasarkan kajian, frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
- Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
- Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Namun perlu difahamkan konsistensi najis (i.e. keras, lembik, cair, warna tidak normal) lebih cenderung di perhatikan berbanding kekerapan si kecil membuang air besar. Sealain itu masalah ini sering terjadi di kalangan bayi antaranya:
- bayi yang sedang belajar mengawal pembuangan najis
- alahan susu
- masalah pencernaan
- atau gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.