Anonymous
5 tahun
Rokok dengan vape,mane lagi bahaya
Saya seorang perokok,tapi sekarang saya telah bertukar kepada vape dgn tujuan utk kurangkan rokok…diantara kedua² nya ini mane lagi baik vape atau rokok
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan kajian yang dijalankan walaupun vape/ rokok elektrik ini turut menghasilkan formaldehid, namun kadar itu lebih rendah dari rokok sebenar.Walaupun begitu, kandungan cecair e-rokok juga mempunyai nikotin dan bahan kimia perisa.
Jadi kalau berbanding rokok, vape memang kurang bahaya kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda mengurangkan hisap kedua-duanya kerana fungsi nikotin adalah untuk menyebabkan ketagihan jadi lama- kelamaan menghisap vape juga akan mendatangkan ketagihan dalam jangka masa yang panjang.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!