nazreenhuzainie
3 tahun
Gelisah tak merokok
Saya Perokok Tegar Da nSaya Baru Saje Berhenti Rokok Dalam 9 Hari Kenape Badan Saya Rasa Seram Sejuk Tekak Perit
Kerap Mengantuk dan Menguap
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kegelisahan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Withdrawal yaitu suatu kondisi yang terjadi apabila anda berhenti mengkonsumsi bahan yang menyebabkan ketagihan seperti alkohol
- Masalah keresahan iaitu _anxiety
Sebetulnya, masalah kesihatan yang berkaitan dengan ketagihan rokok boleh diatasi dengan bimbingan klinik seperti klinik berhenti merokok di klinik kesihatan. Justeru, adalah digalakkan kepada anda untuk mendaftarkan diri untuk temu janji di klinik berhenti merokok serta membincangkan tentang berhenti merokok dengan doktor agar ubat tambahan yang bersesuaian dapat diberikan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!