Sulit
3 tahun
Saya belum berkahwin..tapi darah haid saya warna merah pekat dan mengalir byk MCM air je dlm 4 hari awal haid..adakah itu normal?Kadang2 bulan lain pulak saya haid, darah warna coklat dan keluar normal pulak..macammne tu ye doktor?
Tentang haid berlebihan dalam 4 hari pada awal haid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid berlebihan pada awal haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sememangnya pendarahan haid pada awalnya adalah dalam kuantiti yang banyak berbanding pendarahan haid pada penghujungnya. Namun, anda memaklumkan bahawa perkara ini tidak berlaku pada setiap bulan, oleh itu ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Berat badan yang berlebihan
- Penggunaan perancangan keluarga
- PCOS
- Fibroid atau polip rahim
- Lapisan rahim yang tebal (endometrial hyperplasia)
- Ketumbuhan pada rahim
Ini adalah secara umum mengenai punca-punca masalah anda yang boleh kami pertimbangkan. Bagi mendapatkan diagnosis yang tepat, anda perlu merujuk kepada doktor. Hubungi doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.