Sulit

3 tahun

Period atau gugur keran keluae ketulan darah dan peeiod yg lama dan heavy

Slm dc…sy confius…sblum period sye ad cek upt dan naik line positif tpi samar sikit je…then lps 2 minggu mula2 keluar darah yg merah dgn lendir je sikit slama dua hari…msuk hri ketiga terus keluar darah yg bnyak dan keluar mcm darah beku…sebesar 50 sen…besar dari 50 sen pun ad…dan hrini mauk hari ke 14 dah bleeding x stop…cume ketulan darah je yg makin sikit dan makin kecil…darah pun makin kurang…tpi masih bnyk…masa hari ke tiga smpai hari ke 12 sye mnggunakan pad kotex yg night tu 4 keping sehari…hari ke 13 dan harini sye guna kotex yg night jugak…tpi sehari 2 kali je tukar…kalau betul sy gugur…knp masih ad turun darah lagi sdgkan dh msuk 2 mnggu dah…tapi bau drh mcm bau drh haid…help me please…

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala haid berlebihan. Kami akan cuba membantu anda.

Pendarahan ketika haid dianggap banyak sekiranya ia berlangsung selama >7 hari, menyebabkan tuala wanita anda dipenuhi darah setiap 1 jam selama beberapa jam, memakai >1 pad untuk mengelakkan limpahan, perlu menukar pad pada waktu malam dan pelepasan ketulan darah beku lebih besar daripada syiling bersaiz 20 sen. Kehilangan darah yang berlebihan boleh mengakibatkan anemia jenis kekurangan zat besi dan seterusnya boleh menjejaskan jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat.

Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan “menorrhagia” seperti:

  • Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
  • Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
  • Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
  • Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
  • Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
  • Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
  • Endometriosis
  • Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
  • Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
  • Kanser organ-organ reproduktif

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.

240_F_86830610_oeZJ0BG7scg8su2cUug3db6TMollVqtA

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)