Sulit
3 tahun
Darah haid x berhenti²
Saya ibu anak sorg brumur 38thn…sejak bln mac lps darah haid saya x berhenti kluar tp sikit².saya ada pergi klinik swasta dkter bg ubat antibiotik & ubat berhentikn darah…slps sminggu drh kluar lg😞…adakh e2 tanda2 kanser?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah haid berlebihan dan kebimbangan sama ada ianya kanser. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- dysfunctional uterine bleeding
- masalah kelenjar tiroid
- fibroid uterus
- endometriosis
- polip
- PCOS
- PID
- kanser serviks atau kanser rahim
Anda disarankan untuk merujuk kepada doktor dengan segera untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.