Sulit
3 tahun
Keluar ketulan daging kecil berwarna putih pucat diselangi ketulan darah hitam bergumpal
Assalam, saya mengalami sakit perut yang mencucuk sebelum ni dan baru2 ni terdapat ketulan daging kecil warna putih pucat yg turut keluar bersama ketulan darah berwarna hitam… Sebelum ni haid juga tidak teratur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh boleh disebab oleh beberapa penyakit puan seperti polip, sista, penyakit radang pelvis, lapisan tisu faraj tebal, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.