harasyid2727
2 tahun
Ujian mengesan kanser
Saya lelaki berumur 34 tahun. Baru-baru ini saudara terdekat telah di sahkan kanser usus tahap 4 dan telah meninggal dunia pada hari Sabtu yg lalu. Saya ingin bertanya adakah terdapat ujian yang mampu mengesan tanda-tanda kanser pada tahap awal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan takziah atas kehilangan saudara anda. Secara amnya, kanser usus seperti kanser kolon dan rektum (kanser kolorektal) bermula apabila proses penggantian sel lapisan kolon yang normal menjadi terbantut. Kesalahan dalam pembahagian sel berlaku dengan kerap. Antara simptom simptom kanser usus adalah:
perubahan dalam pergerakan usus seperti cirit birit atau sembelit
satu perasaan bahawa usus tidak dikosongkan sepenuhnya selepas membuang air besar (rectal tenesemus)
darah dalam najis yang menjadikan najis anda kelihatan hitam (malaena)
darah berwarna merah cerah yang datang dari rectum
sakit perut dan kembung perut
Tambahan pula terdapat pelbagai ujian darah dan penyiasatan lain spesifik seperti skan CT , kolonoskopi dan sebagainya yang dapat membantu dan mengenal pasti jenis penyakit dan ia akan memudahkan rawatan jika dikenal pasti di peringkat awal.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.