Adakah anda berisiko menghidapi jangkitan Novel Coronavirus (COVID-2019)?

Hanya 1 minit untuk mengetahui risiko anda

Dapatkan Nasihat Doktor secara Percuma

Risau tentang simptom yang anda alami? Bercakap dengan doktor sekarang.
Setiap Hari 8.30am – 12.00am

Atur temu janji untuk membuat ujian di dalam kereta anda yang selesa, di klinik atau di rumah

Dapatkan ubat-ubatan yang dihantar terus kepada anda

Kini anda boleh mengatur temu janji dengan doktor pakar untuk membuat ujian saringan kesihatan

Ketahui Gejala, Tanda & Simptom Penyakit Coronavirus Sebelum Terlambat!

Beberapa Komplikasi Berbahaya Disebabkan Oleh Jangkitan COVID-19

Dua Cara Utama COVID-19 Tersebar. Haiwan ke Manusia vs Manusia ke Manusia

Simptom dan tanda bagi jangkitan 2019 Novel Coronavirus banyak berkaitan dengan gejala pernafasan

Di sini, DoctorOnCall akan merekodkan kronologi wabak COVID-19 sebagai sejarah untuk masa depan

COVID-19 merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae seperti virus SARS (Severe acute respiratory syndrome) dan MERS-CoV (Middle Eastern respiratory syndrome).

Kami mempunyai doktor yang bersedia untuk menjawab soalan anda secara PERCUMA.

Saya wanita 20an, bmi normal, sering sakit kepala selepas jangkitan covid. Sering monitor BP di rumah dan bacaannya ialah range 91/65 . Monitoring BP juga kadang kala menunjukkan IHB. Saya juga...
Hi doc Saya wanita berumur 43 tahun positif covid, tapi saya perlu menjaga baby saya yang berumur 6 bulan, Selamat kah baby di bawah jagaan saya selama saya dalam kuarantine dan boleh kah saya m...
Hi doc. Sy seorang wanita berkerjaya umur 32 tahun. Pada 6/3/2022 sy terkena covid. Selepas pulih sy mengalami simptom. Seperti asma sehingga sy diberikan ubatan asma dan pernah neb 2 kali. Dalam semi...

Kami Sedia Membantu!

Ia adalah percuma

Ketahui langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19).

Apakah itu 2019 Novel Coronavirus (COVID-19)?

COVID-19 merupakan virus baru dalam keluarga coronavirus yang pernah menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) pada tahun 2002 dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) pada tahun 2014.

Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:

  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Selsema
  4. Demam
  5. Sesak nafas
  6. Sakit badan

Ya, virus ini boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian.

Novel membawa erti sesuatu yang baru ataupun tidak pernah dijumpai sebelum ini. Manakala, Corona merujuk kepada bentuk virus ini yang seakan-akan crown ataupun tiara.

Gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.

Setakat ini, pesakit Coronavirus di China dirawat menggunakan ubat yang sama digunkan untuk merawat pesakit HIV.

Setakat 30 Januari 2020, jumlah kematian yang telah direkod dan disahkan oleh WHO adalah sebanyak 170 orang.

Pesakit yang dijangkiti virus ini tidak semestinya berakhir dengan kematian dan kini hanya 170 pesakit yang telah meninggal dunia daripada 8000 jumlah jangkitan yang dilaporkan.

Golongan yang berisiko adalah golongan yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti pesakit HIV, pesakit cancer, pesakit kronik seperti kencing manis, kanak-kanak, golongan emas, ibu mengandung dan juga seseorang yang berkunjung ke Wuhan,China dalam sebulan dua yang lepas.

Ya, virus ini boleh menjangkiti orang sihat.

Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan dariapda haiwan eksotik.

Setakat ini, tiada bukti sahih mengatakan bahawa pengambilan makanan yang diimport dari China boleh untuk menyebabkan jangkitan. Namun sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihati agar mengurangkan pengambilan produk haiwan yang diimport dari China.

Setakat ini tiada kajian mengatakan bahawa Vitamin C berpotensi untuk membunuh virus ini.

Tiada makanan tambahan ataupun suplemen yang terbukti oleh mana-mana badan perubatan untuk membantu menangani Coronavirus ini.

Setakat ini terdapat 7 kes dilaporkan positif coronavirus namun tiada kematian berlaku.

Anda boleh untuk memeriksa suhu badan menggunakan termometer untuk mengetahui suhu badan. Anda juga perlu peka jika pernah berkunjung ke China dalam jangka masa sebulan dua ini dan juga mengalami simptom jangkitan.

Anda boleh pergi ke mana-mana hospital dan klinik berdekatan tidak kira kerajaan mahupun swasta

Anda tidak perlu untuk mengumpul kahak kerana proses ini perlulah dijalankan dengan teliti bagi mengelakkan pencemaran yang akhirnya mempengaruhi ketepatan keputusan. Pihak pengamal perubatan akan melakukan pengumpulan ini untuk anda.
 
Setakat ini belum ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa virus ini boleh dibasmi jika dimasak atau dibunuh menggunakan suhu yang tinggi.
 
Anda dinasihati agar tidak berkunjung ke China buat masa kini. Bagi negara lain yang juga mencatatkan kes tinggi jangkitan Coronavirus seperti Hong Kong, anda juga tidak digalakkan untuk ke negara tersebut sehingga wabak ini reda.
 
Antibiotik tidak berupaya untuk membunuh mana -mana virus kerana ia hanya bertindak keatas kuman ataupun bakteria.
 
DoctorOnCall menjalankan kolaborasi bersama Kementerian kesihatan Malayasia KKM dalam menyediakan fakta yang benar, sahih dan terkini berkenaan dengan Wabak Coronavirus 2019.
 
Anda boleh berkunjung ke laman sesawang atau protal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga laman facebook Kesihatan Awam Malaysia. Selain itu, sila ikut perkembangan lanjut berkenaan dengan isu ini di www.doctoroncall.com.my/coronavirus untuk mendapatkan informasi tepat lagi terkini.
 

Terima Kasih Kepada Wira Negara

Kirimkan pesanan untuk doktor, jururawat dan pekhidmat kesihatan dalam perjuangan COVID-19

Back to Top
Product has been added to your cart
Compare (0)