Penjagaan Kesihatan Digital Yang Lebih Mudah

Berhubung dengan doktor bertauliah, dapatkan ubat tulen dan nikmati penyelesaian penjagaan kesihatan yang lengkap.

Mengenali DoctorOnCall

DoctorOnCall ialah platform penjagaan kesihatan digital yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada doktor, ubat, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai perkhidmatan kesihatan—semuanya di satu tempat.

Sama ada anda ingin berunding dengan doktor secara dalam talian, membeli ubat preskripsi atau tanpa preskripsi, mahupun menempah saringan kesihatan, DoctorOnCall memudahkan penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Penjagaan Kesihatan Lebih Mudah, Bila-Bila Masa

Daripada konsultasi doktor dan preskripsi hingga penghantaran ubat ke pintu rumah, kami membantu menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah, selamat dan boleh diakses oleh semua.

Setiap produk diperoleh daripada farmasi berlesen, serta pengedar sah bagi memastikan kualiti dan keselamatan anda.

Semua konsultasi perubatan dikendalikan oleh doktor yang disahkan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Dapatkan konsultasi perubatan secara dalam talian dan terima preskripsi anda dengan mudah selepas konsultasi.

Mendekatkan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti, konsultasi dalam talian dan perkhidmatan farmasi kepada anda.

Nikmati penghantaran pada hari yang sama untuk kawasan terpilih di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang bagi produk tertentu.

Maklumat peribadi dan rekod kesihatan anda dilindungi sepanjang perjalanan penjagaan kesihatan anda.

Quality Healthcare in Just a Few Steps

Whether you’re starting fresh or refilling, here’s your path to care

Terokai Pusat Kesihatan DoctorOnCall

Dapatkan artikel kesihatan yang dipercayai mengenai penyakit biasa, ubat-ubatan, gaya hidup sihat dan pencegahan untuk membantu anda membuat keputusan kesihatan yang lebih yakin.

Uji Kapasiti Paru-Paru Anda Hari Ini

Lakukan ujian kapasiti paru-paru yang ringkas untuk memahami keadaan pernafasan anda serta kesan merokok terhadap kesihatan paru-paru.

Apakah Cara Terbaik Mengambil Postinor?

Panduan tentang cara pengambilan Postinor, keberkesanannya serta maklumat penting mengenai kontraseptif kecemasan.

Berapakah Bacaan Tekanan Darah Yang Normal?

Ketahui maksud bacaan tekanan darah anda dan sama ada ia berada pada tahap yang normal untuk kesihatan anda.

Kerap Cegukan: Adakah Ia Perlu Dibimbangkan?

Fahami punca cegukan, faktor penyebabnya dan cara menguruskan keadaan ini dengan lebih baik.

Makanan Untuk Membantu Menurunkan Tekanan Darah

Ketahui jenis makanan yang baik untuk kesihatan jantung serta perubahan diet yang boleh membantu mengawal tekanan darah.

Gejala Anemia & Cara Mengatasinya

Ketahui simptom anemia, faktor penyebabnya serta pilihan rawatan yang tersedia untuk membantu menguruskan keadaan ini.

Kenapa Kencing Rasa Sakit? Kenali Punca & Rawatannya

Ketahui sebab berlakunya sakit ketika kencing, simptom yang biasa dialami dan langkah seterusnya yang boleh diambil.

Cara Merawat Kebas Tangan & Puncanya

Ketahui sebab tangan anda mengalami kebas, punca yang biasa berlaku serta pilihan rawatan yang boleh membantu menyokong kesihatan saraf anda.

Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Korporat

Bina tempat kerja yang lebih sihat bersama DoctorOnCall melalui penyelesaian kesihatan digital, program kesejahteraan pekerja, saringan kesihatan, kerjasama insurans dan inisiatif kesihatan yang disesuaikan dengan keperluan organisasi anda.

Events & Community Initiatives

From health screenings and community outreach to industry conferences and strategic partnerships, explore how DoctorOnCall has been making a difference across Malaysia.

25 June 2026

Health Screening: Talk About Health with Employee

Read and learn more about HIV

12 February 2026

Health Screening: Talk About Health with Employee

Read and learn more about HIV

28 October 2025

Health Screening: Talk About Health with Employee

Read and learn more about HIV

5 July 2025

Health Screening: Talk About Health with Employee

Read and learn more about HIV

Recognised for Trusted Digital Healthcare

Over the years, DoctorOnCall has earned recognition for innovation and excellence in digital healthcare. These achievements reflect our dedication to providing trusted healthcare services that put patients first.

1 January 2026

Award 1

Lorem ipsum

1 January 2026

Award 1

Lorem ipsum

1 January 2026

Award 1

Lorem ipsum

1 January 2026

Award 1

Lorem ipsum

1 January 2026

Award 1

Lorem ipsum

1 January 2026

Award 1

Lorem ipsum

Dipercayai Oleh Ribuan Rakyat Malaysia

Konsultasi dalam talian bersama Dr. Izzat berjalan dengan lancar. Beliau profesional, prihatin dan memberikan penerangan yang jelas, membuatkan saya berasa lebih yakin sepanjang sesi.

12 July 2026

Saya suka kemudahan membeli ubat secara online melalui DoctorOnCall. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan akses mudah kepada produk kesihatan.

9 July 2026

DoctorOnCall memberikan pengalaman pembelian yang sangat baik. Urusan pesanan lancar, penghantaran dibuat dengan pantas dan produk yang diterima tulen. Saya akan kembali membeli lagi.

24 June 2026

Peringatan pengisian semula ubat sangat membantu saya memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Perkhidmatan yang sangat praktikal.

4 May 2026

Konsultasi bersama doktor sangat profesional dan membantu. Doktor memberikan penerangan yang jelas serta menjawab semua persoalan saya dengan baik.

17 January 2026

Sangat membantu untuk mendapatkan ubat tanpa perlu keluar rumah. Proses pesanan mudah dan penghantaran berjalan lancar.

12 January 2026

Soalan Lazim Mengenai DoctorOnCall

Adakah sah membeli ubat secara dalam talian di Malaysia?

Ya. Pembelian ubat secara dalam talian adalah sah di Malaysia apabila dilakukan melalui penyedia perkhidmatan kesihatan dan farmasi berlesen. DoctorOnCall bekerjasama dengan doktor berdaftar serta rakan farmasi berlesen bagi memastikan ubat dibekalkan secara selamat, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan kesihatan Malaysia. Ubat yang memerlukan preskripsi hanya akan dibekalkan selepas penilaian dan preskripsi yang sah daripada doktor.

Bagaimanakah konsultasi doktor secara dalam talian berfungsi?

Mendapatkan nasihat perubatan secara dalam talian adalah mudah. Tempah konsultasi melalui laman DoctorOnCall doktor konsult, kongsikan simptom anda dengan doktor berlesen melalui panggilan telefon atau panggilan video, dan terima penilaian perubatan secara profesional. Jika sesuai, doktor akan mengeluarkan preskripsi dan ubat anda boleh dihantar terus ke alamat anda.

Adakah doktor DoctorOnCall berdaftar dengan MMC dan mempunyai lesen yang sah?

Ya. Semua doktor yang memberikan konsultasi di DoctorOnCall berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) serta memiliki Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) yang sah. Anda boleh mendapatkan konsultasi daripada profesional kesihatan yang bertauliah dengan yakin, di mana sahaja anda berada.

Berapa lamakah tempoh penghantaran ubat di Malaysia?

Tempoh penghantaran bergantung pada lokasi dan jenis produk yang dipesan. Kebanyakan pesanan diproses pada hari yang sama, manakala penghantaran pada hari yang sama turut tersedia di kawasan terpilih (Lembah Klang). DoctorOnCall juga menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia supaya ubat anda sampai dengan cepat dan selamat.

Bolehkah saya mendapatkan preskripsi tanpa perlu mengunjungi klinik?

Ya, sekiranya doktor mendapati konsultasi dalam talian adalah sesuai untuk keadaan anda. Selepas membuat penilaian, doktor boleh mengeluarkan preskripsi yang sah bagi ubat yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, sesetengah keadaan mungkin memerlukan pemeriksaan fizikal atau rujukan untuk rawatan lanjut.

Adakah DoctorOnCall menghantar ubat ke Singapura selain Malaysia?

Ya. DoctorOnCall menawarkan penghantaran ubat ke Malaysia dan Singapura bagi produk terpilih. Ketersediaan penghantaran bergantung kepada jenis ubat, peraturan tempatan dan alamat penghantaran anda.

Adakah maklumat perubatan dan peribadi saya disimpan dengan selamat?

Sudah tentu. Rekod perubatan, sejarah konsultasi dan maklumat peribadi anda dilindungi menggunakan sistem yang selamat serta dikendalikan mengikut undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa. Maklumat anda hanya boleh diakses oleh profesional kesihatan yang diberi kuasa untuk tujuan penjagaan kesihatan anda.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima oleh DoctorOnCall?

DoctorOnCall menerima pelbagai kaedah pembayaran yang selamat, termasuk kad kredit dan debit, FPX, perbankan dalam talian serta e-dompet terpilih (TouchNGo, ShopeePay, SpayLater, GrabPay and Grabpaylater). Pilihan pembayaran yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada lokasi dan jenis pesanan anda.

 

Bolehkah saya mendapatkan Sijil Cuti Sakit (MC) melalui konsultasi dalam talian?

Tidak. DoctorOnCall tidak mengeluarkan Sijil Cuti Sakit (MC) melalui konsultasi dalam talian. Sekiranya keadaan anda memerlukan pemeriksaan fizikal atau MC, doktor akan memberikan nasihat yang bersesuaian dan mencadangkan langkah seterusnya.

Berapakah kos konsultasi doktor secara dalam talian?

DoctorOnCall menawarkan konsultasi ubat secara dalam talian bermula dari RM12.99. Bagi konsultasi doktor secara dalam talian, yuran konsultasi bermula dari RM40. Sekiranya doktor memberikan preskripsi, kos ubat akan dipaparkan secara berasingan sebelum anda membuat pembayaran, supaya anda sentiasa mengetahui jumlah yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Confirm Action
×

Are you sure?