Terma & Syarat
Gambaran Keseluruhan
Selamat Datang ke DoctorOnCall
Kami komited untuk menjadikan penjagaan kesihatan mudah diakses. Dengan menggunakan platform, aplikasi mudah alih, atau perkhidmatan kami termasuk perkhidmatan telekonsultasi, perkhidmatan farmasi, dan kandungan kesihatan anda bersetuju dengan Terma Syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma ini, sila hentikan penggunaan platform kami.
Sepintas Lalu (Perkara Utama)
- Kami ialah rakan kesihatan anda: Kami menyediakan perkhidmatan farmasi secara terus kepada anda dan memudahkan hubungan dengan pengamal penjagaan kesihatan bebas.
- Penafian Kecemasan: Perkhidmatan kami bukan untuk kecemasan. Sekiranya anda mengalami krisis perubatan, hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan dengan segera.
- Data Anda: Kami mengendalikan privasi anda dengan penuh berhati-hati. Sila rujuk Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut.
- Tanggungjawab Anda: Sila pastikan akaun anda sentiasa selamat; anda bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti pada profil anda.
Peranan Kami
DoctorOnCall ialah platform kesihatan digital anda. Kami menyediakan perkhidmatan farmasi secara terus kepada anda dan memudahkan hubungan dengan pengamal penjagaan kesihatan bebas.
- Tanggungjawab Kami: DoctorOnCall menguruskan semua penyenaraian produk, jualan, dan pemenuhan pesanan bagi perkhidmatan farmasi kami.
- Tanggungjawab Profesional: Walaupun kami memudahkan akses anda kepada mereka, penyedia penjagaan kesihatan bertanggungjawab secara bebas terhadap nasihat perubatan dan keputusan rawatan mereka sendiri.
Akaun Anda
- Keselamatan: Anda bertanggungjawab terhadap semua aktiviti di bawah akaun anda. Sila simpan maklumat log masuk anda dengan selamat.
- Akses Tanpa Kebenaran: Sekiranya anda mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan atau tanpa kebenaran pada akaun anda, sila maklumkan kepada kami dengan segera supaya kami dapat membantu anda.
- Status Akaun: Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun atas sebab keselamatan, aktiviti penipuan, atau pelanggaran terma ini.
- Kelayakan: Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan platform kami. Pengguna bawah 18 tahun mesti mendapat penglibatan dan pengawasan langsung ibu bapa atau penjaga yang sah.
- Persetujuan Komunikasi: Dengan membuka akaun dan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk menerima komunikasi berkaitan perkhidmatan daripada DoctorOnCall melalui e-mel, WhatsApp, atau kaedah hubungan lain yang diberikan.
Penjagaan Kesihatan & Keselamatan Perubatan
- Bukan untuk Kecemasan: Sekiranya anda mengalami kecemasan perubatan, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan dengan segera.
- Batasan Telekonsultasi: Nasihat perubatan kami adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan. Kami tidak dapat menjamin hasil rawatan tertentu, dan sesetengah keadaan mungkin memerlukan pemeriksaan fizikal secara bersemuka.
Dasar Produk & Pesanan
- Notis Ubat Preskripsi: Sesetengah produk di platform kami dikelaskan sebagai ubat preskripsi sahaja (Rx). Dengan membeli item ini, anda mengakui bahawa pesanan anda tertakluk kepada semakan dan pengesahan oleh ahli farmasi berlesen kami. Kami berhak menahan penghantaran atau meminta maklumat klinikal lanjut sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau protokol keselamatan.
- Dasar Prapesanan & Inventori: Bagi item yang ditandakan sebagai “Prapesanan”, anggaran tarikh ketibaan yang diberikan adalah berdasarkan maklumat rantaian bekalan semasa. Walaupun kami berusaha memastikan ketepatan, tarikh tersebut merupakan anggaran dan tertakluk kepada perubahan disebabkan faktor logistik di luar kawalan kami. Sekiranya berlaku ketiadaan stok jangka panjang atau pemberhentian sesuatu produk, kami berhak membatalkan pesanan anda dan memproses bayaran balik penuh.
- Kegunaan Peribadi Sahaja: Perkhidmatan DoctorOnCall bertujuan untuk kegunaan kesihatan dan kesejahteraan peribadi. Anda bersetuju untuk tidak membeli produk bagi tujuan jualan semula komersial atau pengedaran. Kami berhak menyekat atau membatalkan pesanan yang kami tentukan, mengikut budi bicara mutlak kami, melanggar dasar ini.
Yuran, Cukai & Pengebilan
- Ketelusan: Semua yuran dan cukai yang berkenaan dipaparkan dengan jelas semasa pembayaran (checkout).
- Pematuhan: Kami mengeluarkan e-Invois selaras dengan keperluan LHDN. Sila pastikan maklumat pengebilan anda tepat bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan.
- Yuran Telekonsultasi: Yuran telekonsultasi perlu dibayar semasa tempahan dan meliputi perkhidmatan profesional penyedia penjagaan kesihatan.
Liabiliti & Undang-Undang Terpakai
Kami menyediakan perkhidmatan kami “sebagaimana adanya”. Kami tidak bertanggungjawab terhadap tindakan pihak ketiga, ketersediaan perkhidmatan, atau kehilangan data di luar kawalan kami. Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan sebarang pertikaian akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Bahasa Terpakai
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi terjemahan Terma ini, Dasar Privasi, atau mana-mana dasar lain yang terkandung di sini, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Pindaan
Kami mungkin mengemas kini Terma dan dasar ini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami selepas notis tersebut merupakan penerimaan anda terhadap Terma yang baharu.
Harta Intelek & Peruntukan Undang-Undang
- Harta Intelek: Semua kandungan di platform DoctorOnCall, termasuk teks, grafik, logo, imej, perisian, dan kompilasinya, adalah hak milik DoctorOnCall atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta serta harta intelek.
- Kebolehasingan: Sekiranya mana-mana peruntukan Terma ini didapati tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan tersebut akan dihadkan atau digugurkan setakat minimum yang diperlukan, supaya Terma ini kekal berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya.
- Keseluruhan Perjanjian: Terma ini, bersama-sama Dasar Privasi kami dan dasar lain yang dirujuk, merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dengan DoctorOnCall berhubung penggunaan perkhidmatan kami.