EN
Statistik Terkini
Malaysia
Dunia
7,877
Disahkan
6,470
Pulih
115
Kematian

Terima Kasih Kepada Wira Negara

Kirimkan pesanan untuk doktor, jururawat dan pekhidmat kesihatan dalam perjuangan COVID-19

Nombor Telefon Jabatan Kesihatan Negeri

*Jika anda terlibat dalam perhimpunan “ijtimak tabligh” pada 27 Februari hingga 3 Mac 2020, sila hubungi Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Negeri No. Tel Emel Waktu Operasi
Hari Bekerja Hari Minggu & Cuti Umum
Pulau Pinang 04-262 9902 epid_penang@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 10.00 pagi-2.00 petang
Perak 05-243 3962 cprcprk@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 10.00 pagi-2.00 petang
Sarawak 082-443248 cprc_sarawak@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 8.00 pagi-5.00 petang
Kedah 04-774 1174 cprc_jknkedah@moh.gov.my 8.00 pagi-6.00 petang 8.00 pagi-12.00 tengahari
Negeri Sembilan 06-766 4940 cprcjknns@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-1.00 petang
WP Labuan 087-596160 cprclabuan@gmail.com 8.00 pagi-5.00 petang 8.00 pagi-5.00 petang
Kelantan 09-747 2089 cprc_kel@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-12.00 tengahari
Johor 07-238 2217 cprcjknj@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 8.00 pagi-5.00 petang
Perlis 04-976 0712
019-2780 408
cprcjkn.pls@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang Beroperasi melalui pegawai atas panggilan
Selangor 03-5123 7366
03-5123 7367
cprc_sel@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-1.00 tengahari
Terengganu 09-622 9775
09-635 3752
bgerakan.trg@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-3.30 petang
Melaka 06-234 5999
06-288 3019
cprcmelaka@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-5.00 petang
WP K.Lumpur & Putrajaya 03-2698 3757
03-2268 7301
cprckl@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-3.00 petang
Pahang 09-570 7910
09-570 7914
09-570 7909
cprc_pahang@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 9.00 pagi-12.00 tengahari
Sabah 088-219455
088-512531
088-512533
sbhcprc@moh.gov.my 8.00 pagi-5.00 petang 8.00 pagi-5.00 petang

Senarai Hospital Pemeriksaan COVID-19

Dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami gejala COVID-19 dengan menghubungi hospital yang berkenaan untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Negeri Lokasi No. Tel
Perlis Hospital Tengku Fauziah, Kangar 04-973 8000
Kedah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
Hospital Sultanah Maliha, Langkawi
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
04-740 6233
04-966 3333
04-445 7333
Penang Hospital Pulau Pinang, George Town
Hospital Seberang Jaya, Perai
Hospital Bukit Mertajam, Bukit Mertajam
Hospital Kepala Batas
04-222 5333
04-382 7333
04-549 7333
04-579 3333
Perak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River
05-208 5000
05-820 4000
05-621 3333
05-689 6600
05-450 8000
Selangor Hospital Sungai Buloh
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang, Batu Caves
Hospital Serdang, Kajang
Hospital Shah Alam
Hospital Banting
Hospital Kajang
03 6145 4333
03 3372 3333
03 6120 3233
03 8947 5555
03 5562 3000
03 3187 1333
03 8913 3333
Putrajaya Hospital Putrajaya 03 8312 4200
Kuala Lumpur Hospital Kuala Lumpur 03 2615 5555
Negeri Sembilan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban
Hospital Jempol, Bandar Seri Jempol
Hospital Tampin
Hospital Tuanku Ampuan Najihah, K. Pilah
06 762 3333
06 459 2000
06 441 1511
06 481 8001
Melaka Hospital Melaka 06 289 2344
Johor Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom, Kluang
Hospital Segamat
07 356 5000
07 436 3000
06 952 1901
07 223 1666
07 778 7000
07 943 3333
Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah,Temerloh
Hospital Kuala Lipis
09 513 3333
09 295 5333
09 312 3333
Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Hospital Hulu Terengganu Kuala Terengganu
Hospital Kemaman
09 621 2121
09 681 3333 / 681 3120
09 851 3333
Kelantan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Hospital Tanah Merah
Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
Hospital Tumpat
09 745 2000
09 954 5000
09 961 1300
09 762 3000
Labuan Hospital Labuan 087 423 922 / 423 919
Sabah Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu
Hospital Duchess Of Kent, Sandakan
Hospital Tawau
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas
Hospital Lahad Datu
Hospital Keningau
088 245 249
088 522 600
089 248 600
089 773 533
089 895 111
087 313 000
Sarawak Hospital Umum Sarawak, Kuching
Hospital Miri
Hospital Bintulu
Hospital Sibu
Hospital Sarikei
082 276 666
085 420 033
086 255 899
084 343 333
084 653 333
Pusat Kesihatan
Novel Coronavirus (COVID-19)
Adakah anda berisiko menghidapi jangkitan Novel Coronavirus (COVID-2019)?
Hanya 1 minit untuk mengetahui risiko anda

Pertanyaan Lazim Novel Coronavirus (COVID-19)

Ketahui langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19).
Apakah itu 2019 Novel Coronavirus (COVID-19)?
COVID-19 merupakan virus baru dalam keluarga coronavirus yang pernah menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) pada tahun 2002 dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) pada tahun 2014.
Kenapakah ia dipanggil sebagai Novel Coronavirus?
Novel membawa erti sesuatu yang baru ataupun tidak pernah dijumpai sebelum ini. Manakala, Corona merujuk kepada bentuk virus ini yang seakan-akan crown ataupun tiara.
Dari manakah virus ini berasal?
Virus ini mula dijumpai pada pertengahan Disember 2019 di pasar yang menjual makanan laut di Wuhan, China. Ia dipercayai berasal daripada haiwan eksotik seperti ular dan juga kelawar.
Bagaimanakah virus ini menjangkiti manusia?
Virus ini dikelaskan sebagai virus zoonotik yang membawa maksud organisma yang merebak melalui haiwan kepada manusia. Virus yang pada mulanya hanya terdapat pada haiwan eksotik ini boleh merebak kepada manusia dengan pelbagai cara iaitu sentuhan, pengendalian sebagai haiwan ternakan ataupun makanan.
Bolehkah virus ini tersebar dari manusia ke manusia?
Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
  • Bersin ataupun batuk.
  • Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
  • Sentuhan seperti bersalaman.
  • Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
  • Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Berapa lamakah tempoh pengeraman virus ini?
Tempoh pengeraman bermaksud jangka masa seorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari.
Adakah ia boleh berjangkit semasa tempoh pengeraman?
Setakat ini, belum ada kajian perubatan yang sahih membuktikan bahawa virus ini boleh menjangkiti seseorang ketika tempoh pengeraman. Namun berdasarkan kajian terbitan Jurnal Lancet, virus ini berpotensi untuk menjangkiti seseorang ketika tempoh pengeraman.
Adakah virus ini sama dengan virus MERs-Cov atau SARS?
Tidak. Kedua-dua virus ini adalah berbeza cumanya mereka datang dari keluarga yang sama iaitu Coronavirus yang juga menyebabkan wabak MERs-CoV, SARS dan kini COVID-19.
Adakah ia sama dengan virus influenza?
Tidak. Coronavirus adalah berbeza dengan virus influenza dan datang daripada keluarga virus yang berlainan walaupun kedua-duanya menunjukkan simptom yang hampir sama pada pesakit.
Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya daripada dijangkiti oleh virus ini?
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Bolehkah saya mendapat vaksin bagi COVID-19?
Setakat ini, belum ada vaksin yang boleh diberikan untuk mencegah virus ini.
Adakah virus ini berasal daripada vaksin?
Virus ini bukan berasal daripada vaksin. Ia dipercayai berevolusi dari virus yang sebelum ini hanya dijumpai pada haiwan eksotik seperti ular dan kelawar yang kemudiannya menjangkiti manusia.
Adakah topeng muka boleh melindungi saya daripada virus ini?
Topeng muka tidak melindungi anda sepenuhnya kerana jangkitan ini boleh berlaku dari medium lain selain pernafasan. Namun pemakaian topeng dapat mengurangkan risiko jangkitan.
Topeng muka mana yang harus saya gunakan untuk melindungi diri saya?
Topeng muka yang ideal bagi mencegah virus ini adalah topeng muka jenis 3ply yang juga digunakan untuk pembedahan dan ia merupakan topeng muka jenis pakai buang. Selain itu, topeng N95 juga boleh digunakan dan ia boleh digunakan secara berulang.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya telah terdedah dengan seseorang yang telah dijangkiti virus ini?
Anda dinasihatkan agar sentiasa peka dan memerhatikan tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas ataupun demam sekurang-kurangnya selama 14 hari. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom Coronavirus, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera.
Apakah tanda-tanda seseorang yang telah dijangkiti?
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Selsema
  4. Demam
  5. Sesak nafas
  6. Sakit badan
Berapa lamakah masa yang diambil untuk gejala jangkitan ini timbul?
Gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai gejala jangkitan ini?
Anda perlulah untuk mendapatkan khidmat perubatan dan melaporkan diri ke klinik ataupun hospital terdekat. Anda juga ditegah daripada pergi ke tempat kerja ataupun sekolah bagi mengelakkan anda menjangkiti orang lain.
Apakah komplikasi yang boleh berlaku kepada seseorang yang dijangkiti oleh COVID-19?
Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru, kegagalan sistem pernafasan dan juga kematian.
Bagaimanakah ujian untuk mengesan COVID-19 dijalankan?
Darah pesakit akan diambil dan genetik virus dalam badan akan diperiksa melalui kaedah Polymerase Chain Reaction.
Perlukah saya mendapatkan ujian bagi mengesan virus ini?
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari Wuhan, China dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Bagaimanakah saya boleh diuji untuk COVID-19?
Pengendalian ujian ini bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari Wuhan, China dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini. Darah anda akan diambil untuk tujuan pengesanan virus.
Adakah selamat untuk saya ke China?
Menurut World Health Organisation WHO jumlah jangkitan serta kematian akibat wabak ini semakin meningkat. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak berkunjung ke China dalam masa terdekat kecuali untuk urusan penting yang tidak dapat dielakkan.
Adakah selamat untuk saya pergi ke negara lain?
Walaupun wabak ini sudah mula merebak ke negara lain namun anda masih boleh untuk berkunjung ke negara lain dan setiap negara juga ada kawalan kesihatan masing-masing.
Bolehkah anak saya pergi ke sekolah?
Anak anda masih boleh untuk menghadiri kelas seperti biasa kecuali jika anak anda menunjukkan simptom ataupun rakan sekolahnya telah disahkan dijangkiti virus ini. Anda dinasihati agar mengikut perkembangan terkini sekolah terutamanya berita tengan jangkitan virus ini.
Saya baru pulang dari lawatan ke China dan jatuh sakit. Apa yang patut saya buat?
Sebagai langkah berjaga-jaga anda perlulah melapor diri ke hospital ataupun klinik terdekat dengan kadar segera.
Adakah saya perlu mengasingkan diri sekiranya saya baru pulang dari China?
Anda dinasihatkan agar sentiasa peka dan memerhatikan tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas ataupun demam sekurang-kurangnya selama 14 hari. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom Coronavirus, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera.
Apakah risiko mendapat jangkitan dari pakej atau produk yang diterima dari China?
Setakat ini masih belum ada bukti mengatakan bahawa virus ini boleh hidup lama di luar badan manusia iaitu lebih daripada 24 jam. Namun anda masih perlu untuk melakukan langkah pencegahan iaitu dengan mengelap permukaan barangan dengan menggunakan tisu yang diletakkan ‘sanitizer’.
Adakah selamat untuk mengambil produk haiwan atau makan daging haiwan yang diimport dari China?
Setakat ini, tiada bukti sahih mengatakan bahawa pengambilan produk haiwan atau makanan daging dari China boleh untuk menyebabkan jangkitan. Namun sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihati agar mengurangkan pengambilan produk haiwan yang diimport dari China.
Bolehkah binatang peliharaan atau haiwan lain menyebarkan COVID-19?
Kes pertama yang dilaporkan adalah jangkitan daripada haiwan kepada manusia namun kini ia boleh merebak sesama manusia. Setakat ini, masih belum ada bukti mengatakan bahawa ia boleh disebarkan daripada bintang peliharaan.
Bolehkah haiwan dijangkiti virus ini daripada manusia?
Setakat ini, belum ada bukti mengatakan bahawa manusia yang dijangkiti virus ini boleh untuk menyebarkan ia kepada haiwan.
Adakah virus ini boleh meragut nyawa?
Ya, virus ini boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian.
Adakah terdapat rawatan atau ubat untuk menyembuhkan jangkitan virus ini?
Setakat ini, pesakit Coronavirus di China dirawat menggunakan ubat yang sama digunkan untuk merawat pesakit HIV.
Berapa banyak kematian yang telah disebabkan oleh virus ini?
Setakat 30 Januari 2020, jumlah kematian yang telah direkod dan disahkan oleh WHO adalah sebanyak 170 orang.
Adakah seseorang pasti akan mati jika dijangkiti virus ini?
Pesakit yang dijangkiti virus ini tidak semestinya berakhir dengan kematian dan kini hanya 170 pesakit yang telah meninggal dunia daripada 8000 jumlah jangkitan yang dilaporkan.
Siapakah yang berisiko untuk dijangkiti virus ini?
Golongan yang berisiko adalah golongan yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti pesakit HIV, pesakit cancer, pesakit kronik seperti kencing manis, kanak-kanak, golongan emas, ibu mengandung dan juga seseorang yang berkunjung ke Wuhan,China dalam sebulan dua yang lepas.
Bolehkah ia menjangkiti orang yang sihat?
Ya, virus ini boleh menjangkiti orang sihat.
Adakah saya perlu mengelakkan makanan tertentu?
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan dariapda haiwan eksotik.
Adakah saya perlu mengelak daripada memakan makanan yang diimport dari China?
Setakat ini, tiada bukti sahih mengatakan bahawa pengambilan makanan yang diimport dari China boleh untuk menyebabkan jangkitan. Namun sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihati agar mengurangkan pengambilan produk haiwan yang diimport dari China.
Adakah pengambilan vitamin C boleh membantu merawat atau mencegah jangkitan virus ini?
Setakat ini tiada kajian mengatakan bahawa Vitamin C berpotensi untuk membunuh virus ini.
Apakah jenis makanan tambahan yang perlu saya ambil untuk mencegah jangkitan?
Tiada makanan tambahan ataupun suplemen yang terbukti oleh mana-mana badan perubatan untuk membantu menangani Coronavirus ini.
Apakah status jangkitan ini di Malaysia?
Setakat ini terdapat 7 kes dilaporkan positif coronavirus namun tiada kematian berlaku.
Bagaimana saya dapat menilai tahap kesihatan saya dari rumah sebelum ke hospital jika saya tidak sihat?
Anda boleh untuk memeriksa suhu badan menggunakan termometer untuk mengetahui suhu badan. Anda juga perlu peka jika pernah berkunjung ke China dalam jangka masa sebulan dua ini dan juga mengalami simptom jangkitan.
Hospital mana yang boleh saya pergi jika saya berasa tidak sihat?
Anda boleh pergi ke mana-mana hospital dan klinik berdekatan tidak kira kerajaan mahupun swasta
Bolehkah saya mengumpul kahak saya sendiri untuk dihantar untuk ujian makmal?
Anda tidak perlu untuk mengumpul kahak kerana proses ini perlulah dijalankan dengan teliti bagi mengelakkan pencemaran yang akhirnya mempengaruhi ketepatan keputusan. Pihak pengamal perubatan akan melakukan pengumpulan ini untuk anda.
Bolehkan virus ini dibasmi dengan memasak daging haiwan yang telah dijangkiti?
Setakat ini belum ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa virus ini boleh dibasmi jika dimasak atau dibunuh menggunakan suhu yang tinggi.
Bolehkah saya pergi ke China atau Hong Kong?
Anda dinasihati agar tidak berkunjung ke China buat masa kini. Bagi negara lain yang juga mencatatkan kes tinggi jangkitan Coronavirus seperti Hong Kong, anda juga tidak digalakkan untuk ke negara tersebut sehingga wabak ini reda.
Adakah antibiotik boleh membunuh virus ini?
Antibiotik tidak berupaya untuk membunuh mana -mana virus kerana ia hanya bertindak keatas kuman ataupun bakteria.
Apakah peranan DoctorOnCall semasa wabak ini?
DoctorOnCall menjalankan kolaborasi bersama Kementerian kesihatan Malayasia KKM dalam menyediakan fakta yang benar, sahih dan terkini berkenaan dengan Wabak Coronavirus 2019.
Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan status terkini mengenai COVID-19?
Anda boleh berkunjung ke laman sesawang atau protal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga laman facebook Kesihatan Awam Malaysia. Selain itu, sila ikut perkembangan lanjut berkenaan dengan isu ini di www.doctoroncall.com.my/coronavirus untuk mendapatkan informasi tepat lagi terkini.
Lihat Lagi

Berita Terkini

Baca Berita Terkini
Sumber John Hopkins University, CoronaTracker
COVID-19 Test Semak Risiko Anda