Jangkitan Coronavirus

Beberapa Komplikasi Berbahaya Disebabkan Oleh Jangkitan Coronavirus

Baca Soalan

Apakah Komplikasi Jangkitan Coronavirus?

Penemuan virus di China telah memaksa setiap negara mengeluarkan nasihat perjalanan sementara dan menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk memanggil mesyuarat kecemasan mengenai perkara itu. Oleh itu, kesedaran orang ramai mengenai isu ini perlu untuk dibangkitkan bagi meminimumkan jumlah kematian. Seperti adik-beradiknya SARS dan MERS, virus itu mungkin menjangkiti saluran pernafasan atas dan bawah yang menyebabkan simptom seperti bersin, batuk kering serta kesukaran bernafas.

Selain itu, pesakit boleh menunjukkan gejala am seperti demam, sakit otot dan keletihan. Manakala batuk berkahak dan sakit kepala adalah jarang, batuk darah dan cirit-birit juga sekali-sekala. Ia boleh mengambil masa seminggu sebelum orang yang dijangkiti merasa cukup sakit untuk mendapatkan rawatan. Malah, jika masalah ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi dan akhirnya mengundang kematian. Komplikasi yang mungkin timbul daripada jangkitan ini adalah seperti berikut:

    Pneumonia

  1. Pneumonia merupakan jangkitan yang membawa kepada masalah keradangan paru-paru. Gejala radang paru-paru berlaku apabila inflammasi terjadi kerana sistem imun mereka cuba melawan jangkitan virus. Keradangan ini mengganggu aliran pertukaran gas di paru-paru dan akhirnya menyebabkan kesukaran bernafas. Pneumonia yang teruk boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar kepada paru-paru dan menyebabkan paru-paru terdedah kepada jangkitan lain seperti kuman.

  2. ARDS

  3. Dalam kes yang lebih teruk, pesakit mungkin mengalami ARDS Sindrom Penyakit Pernafasan Akut. Ini adalah keadaan yang mengancam nyawa yang menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam darah dan akhirnya menyebabkan banyak kegagalan organ. Pesakit dengan keadaan ini biasanya memerlukan pengudaraan mekanikal dan sokongan pernafasan di ICU Unit Rawatan Rapi.

  4. Masalah Buah Pinggang

  5. Kerosakan kepada organ utama terutamanya buah pinggang mungkin berlaku akibat daripada kesan jangkitan teruk atau kekurangan oksigen yang disalurkan ke seluruh tubuh badan. Organ penting tidak dapat bertahan lama tanpa bekalan oksigen yang mencukupi dan berterusan. Walaupun dengan rawatan intensif dan penggunaan ventilator, kerosakan teruk pada paru-paru menyebabkan bekalan oksigen yang sampai ke paru-paru menjadi rendah. Kerosakan kepada mana-mana organ utama ini boleh menjadi sangat serius dan memerlukan rawatan tambahan. Kerosakan organ secara meluas biasanya menyebabkan risiko kematian yang lebih besar

  6. Sepsis (Jangkitan Darah)

  7. Pesakit yang dijangkiti oleh Coronavirus mungkin mati akibat daripada kejutan septik. Ia adalah keadaan yang berpotensi membawa maut yang berlaku apabila jangkitan virus menyebar ke seluruh tubuh terutamanya ke dalam aliran darah. Sebagai tindak balas kepada ini, saluran darah akan mula meluas dan gagal mengekalkan integriti strukturnya. Hal ini kemudiannya akan membawa kepada tekanan darah rendah dan akhirnya mengurangkan saluran oksigen pada tisu, dan akhirnya menyebabkan tisu mati. 

Adakah Semua Pesakit Akan Mengalami Komplikasi Yang Serius?

Sesetengah orang tidak menunjukkan komplikasi dan ada juga yang mengalami banyak komplikasi bergantung kepada kekuatan sistem imun mereka. Hal Ini cenderung terjadi kepada golongan yang memiliki sistem imun yang lemah. Sebagai contoh bayi, ibu hamil, pesakit HIV, pesakit yang mempunyai steroid jangka panjang dan orang dewasa yang lebih tua. Oleh itu, pesakit yang memiliki sistem imun yang rendah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati mengenai penyakit ini kerana mereka cenderung untuk dijangkiti oleh virus. Seperti kata pepatah, pencegahan sentiasa lebih baik daripada mengubati.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?