Dapat rawatan untuk masalah tentang kesihatan wanita

Tanya Doktor Percuma

Kesihatan Wanita

Wanita mempunyai sistem kesihatan yang unik berbanding lelaki. Kadang-kala sesetengah penyakit yang boleh dihidapi oleh kedua-dua belah jantina, dihidapi oleh wanita dengan memberikan kesan yang berbeza. Antara penyakit-penyakit yang sering kali dihadapi oleh wanita termasuklah kelewatan kedatangan haid, masalah keputihan, masalah dalam haid tersebut serta isu-isu berkaitan pil perancang. Ketidakseimbangan hormon-hormon utama di dalam tubuh wanita seperti estrogen dan progesteron juga akan menyebabkan gangguan pada aliran haid yang sepatutnya tetap. Selain daripada itu, hormon-hormon tersebut juga turut memainkan peranan di dalam menentukan kesuburan seseorang wanita. Oleh sebab itu, anggaran masa yang betul diperlukan ketika pasangan suami isteri bercadang untuk mendapatkan zuriat. Keputihan boleh membawa maksud yang luas dalam dunia perubatan. Sungguhpun namanya keputihan, namun cecair yang keluar pada bahagian kemaluan wanita tidak semestinya berwarna putih, boleh jadi ianya berwarna kekuning-kuningan, keperang-perangan, jernih dan berair, jernih tetapi likat serta tidak ketinggalan juga pendarahan yang tidak normal. Tidak perlu bimbang, anda boleh terus membaca dengan lebih lanjut lagi tentang masalah-masalah kesihatan wanita yang dibincangkan dengan lebih mendalam pada pautan-pautan ini. Kami sedia membantu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan penting dan mahu berbincang lanjut dengan seorang doktor secara terus pada laman doctoroncall.com.my. Kesihatan anda, keutamaan kami.