Jangkitan Coronavirus

Apakah Peranan Kerajaan & Agensi Kesihatan Dalam Menangani Wabak Coronavirus?

Baca Soalan

Peranan Kerajaan

Sebagai pentadbir negara, pelbagai perkara telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani keadaan ini. Coronavirus atau virus misteri dari China ini telah menyebabkan masyarakat Malaysia menjadi panik. Pelbagai isu telah timbul akibat ketakutan rakyat terhadap virus ini. Tambahan pula ia timbul sekitar sambutan Tahun Baru China dimana kadar keluar masuk pelancong dari negara China adalah tinggi. 

Oleh sebab itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menangani situasi ini. 

  1. Mendidik masyarakat tentang 2019 Novel Coronavirus
  2. Memberikan maklumat terkini tentang perkembangan Coronavirus di dalam dan luar negara
  3. Menyediakan fasiliti untuk menangani wabak seperti prasarana makmal untuk ujian virus ini serta parasarana untuk saringan di lapangan terbang dan sempadan negara jiran
  4. Mengawal aliran keluar masuk pelancong dari China ke dalam dan luar negara


Bagi mereka yang berada di sektor kesihatan, tentunya peranan mereka lebih besar dalam menangani situasi menggemparkan ini. Pihak kementerian kesihatan telah mengambil pelbagai langkah yang melibatkan pihak tertinggi kementerian kesihatan, sehinggalah pihak pegawai perubatan dan pekerja sektor kesihatan yang lain. 



Peranan mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan termasuklah

  1. Mendidik pesakit dan masyarakat tentang maklumat yang betul mengenai coronavirus
  2. Memastikan ujian saringan n-Cov di kaunter triage berjalan dengan betul
  3. Mengikut protokol yang telah digariskan oleh kementerian kesihatan dalam mengendalikan kes-kes yang disyaki positif coronavirus
  4. Mengamalkan piawaian standard langkah berjaga-jaga ketika bertugas
  5. Melindungi diri dan pesakit ketika bertugas dengan mengamalkan etika pemakaian dan mengikut aliran prosedur yang betul

Written by: Dr Sashini Seeni

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy