Consult a Specialist
Need Help?

Dapat rawatan daripada doktor-doktor yang berkelayakan.

Tanya Doktor Percuma

Kesihatan Umum

Istilah sihat didefinisikan sebagai keadaan di mana seseorang itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari sudut mental, fizikal dan sosial. Ia tidaklah semata-mata terhad kepada bebas daripada sebarang penyakit ataupun sebarang ketidakupayaan. Kesihatan umum merangkumi pelbagai jenis penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakat umum seperti sembelit, asma, pedih ulu hati dan sakit tekak. Antara penyakit yang sering dihidapi dalam kalangan masyarakat adalah sakit tekak dan asma. Penyakit berbahaya yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah demam denggi. Demam denggi berdarah yang disebarkan oleh nyamuk aedes boleh menyebabkan seseorang itu ditahan di dalam wad untuk rawatan lanjut oleh pakar-pakar perubatan kerana ianya sungguh merbahaya dan boleh membawa maut jika dibiarkan menjadi semakin teruk. Nikmat sihat merupakan nikmat yang tiada tolok bandingnya dengan apa-apa. Ia tidak dapat dibeli atau digantikan dengan wang dan harta selain daripada mendapatkan rawatan dan menjaga dengan baik kesihatan yang sedang dinikmati semasa sihat. Bak kata pepatah 'mencegah lebih baik daripada merawat'. Baca dengan lebih lanjut tentang masalah-masalah kesihatan umum yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada pautan-pautan laman ini. Kami sedia membantu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan penting dan mahu berbincang lanjut dengan seorang doktor. Lawati doctoroncall.com.my untuk menghubungi doktor kami terus daripada rumah anda.