Jangkitan Coronavirus

Dua Cara Utama 2019-nCoV tersebar. Haiwan Ke Manusia vs Manusia Ke Manusia

Baca Soalan

Bagaimanakah 2019-nCOV Disebarkan? 

Pada masa kini, 2019-nCoV telah menimbulkan perasaan gusar dalam kalangan populasi dunia. Virus ini dikenali umum kerana telah meragut sekurang-kurangnya lebih 1000 nyawa dan disyaki telah menjangkiti lebih 43000 orang. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyakit ini merupakan ancaman besar kepada masyarakat dunia. Pelbagai persoalan telah dilemparkan dan antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya ialah cara penyakit dijangkiti dan disebarkan. Menurut para saintis, mereka telah mengenal pasti dua cara utama penyebaran virus ini. Antaranya ialah penularan haiwan kepada manusia dan penyebaran sesama manusia. Pada awalnya, ramai pesakit yang didapati menghidap virus ini dikaitkan dengan pasar makanan laut dan pasar haiwan di Wuhan,China. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa virus ini disebarkan daripada binatang kepada manusia. Walaubagaimanapun, ekoran terdapat kes-kes yang menjejaskan pesakit di luar negara asal Wuhan China, hal ini menunjukkan virus ini turut disebarkan antara manusia. 

Apakah Yang Dimaksudkan Penyebaran Antara Haiwan Kepada Manusia? 

Jelas seperti terma “penyebaran antara haiwan kepada manusia”, virus ini disebarkan melalui haiwan yang dijangkiti 2019-nCoV kepada manusia di sekeliling haiwan tersebut dan ia boleh berlaku melalui pelbagai cara. Virus- virus dibawah kategori koronavirus seperti MERS-CoV, SARS-CoV, 2019-nCoV turut menjejaskan haiwan seperti kelawar, kambing, kucing dan unta. Sama ada haiwan itu masih hidup atau mati, kedua-duanya boleh berisiko menyebarkan penyakit kepada manusia. Sebarang kaitan dengan produk haiwan di pasar, atau haiwan yang mungkin hidup di pasar boleh meningkatkan risiko penyebaran seperti menjadi penjual, penyembelih dan penternak haiwan-haiwan tersebut. Malahan juga memakan haiwan yang terjejas terutamanya jika ia mentah atau kurang masak juga berisiko menyebarkan penyakit ini. Pekerja di rumah sembelih, veterinari, dan mereka yang mengendalikan produk haiwan yang terjejas turut berisiko menjangkiti virus ini. 

Oleh itu, adalah sangat disyorkan bahawa sesiapa yang mungkin bersentuhan dengan haiwan-haiwan yang terjejas perlu mengamalkan langkah-langkah menjaga kebersihan termasuk menjadikan amalan membasuh tangan dengan sabun sebagai rutin. Elakkan menggunakan daging haiwan yang mentah atau kurang masak dan amalkan rutin keselamatan menjaga kebersihan makanan yang baik untuk mengelakkan pencemaran antara produk haiwan terjejas dengan makanan yang lain. 

Bagaimana Penularan Manusia Kepada Manusia Berlaku? 

Seperti virus-virus di bawah kategori koronavirus yang lain yang boleh disebarkan melalui cecair badan sewaktu batuk dan bersin, bersentuhan dan penyebaran melalui barang-barang pesakit seperti baju, sarung cadar dan telefon, virus 2019-nCOV turut disebarkan melalui proses yang sama. Hanya dengan menyentuh pakaian pesakit yang terjejas sahaja boleh meningkatkan risiko penyebaran. Oleh itu, langkah-langkah menjaga kebersihan yang baik dan mengelakkan daripada melawat tempat-tempat yang sesak adalah kunci utama untuk melindungi diri daripada menjangkiti virus tersebut. Bagi seseorang yang memiliki gejala seperti batuk, amalan yang beretika ketika batuk iaitu dengan menutup mulut semasa batuk atau bersin, kerap mencuci tangan secara rutin serta menjaga jarak antara pesakit dan orang sekeliling sekurang-kurangnya satu meter perlu disyorkan tidak kira samada pesakit menghidap virus berbahaya ini atau penyakit lain. Virus ini terutamanya berisiko tinggi menjejaskan seseorang yang mempunyai masalah kronik seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang dan lain-lain lagi. Maka, bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, golongan ini harus lebih mengamalkan langkah pencegahan yang teliti seperti yang telah dinyatakan di atas. 

Memandangkan virus ini ialah virus yang baru ditemui dan masih dalam kajian, terdapat banyak lagi aspek yang perlu dipelajari dan dikaji rawatan, penyebaran, tahap keterukan serta simptom-simptom yang boleh dihadapi pesakit 2019-nCoV.

Written by: Dr M Ramzdhan

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
DIskaun Hingga RM12 untuk Perubatan
*Maklumat anda akan kami lindungi. Tiada penjualan kepada pihak ketiga