Consult a Specialist
Need Help?

Dapat rawatan untuk masalah tentang kesihatan lelaki

Tanya Doktor Percuma

Kesihatan Lelaki

Seringkali apabila kita mendengar topik-topik yang sering diperbincangkan berkaitan dengan kesihatan jantina, topik yang secara luas dibincangkan adalah tentang kesihatan wanita. Bagaimana pula dengan kesihatan lelaki? Kesihatan lelaki dikenali sebagai andrologi dalam bahasa perubatan. Ia merangkumi masalah-masalah kesihatan lelaki seperti mati pucuk dan ejakulasi pramatang. Sesetengah masalah kesihatan lelaki adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan paras hormon testosteron yang merupakan hormon utama yang memberikan ciri-ciri lelaki di dalam badan. Bagi sesetengah yang lain pula, ianya berpunca daripada masalah-masalah lain seperti diabetes dan peningkatan usia atau penuaan. Boleh jadi kadang-kala masalah mati pucuk juga merupakan tanda-tanda awal sakit jantung! Kaum adam yang mempunyai diabetes pula biasanya mempunyai masalah di dalam hubungan seksual serta masalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat. Harus diingati bahawa masalah kesihatan lelaki tidak terhad melibatkan seseorang lelaki itu sahaja, namun ia juga akan melibatkan pasangan lelaki tersebut. Jadi bagi lelaki yang sudah berkeluarga, amatlah penting supaya masalah ini dirawat dengan segera agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan kebahagiaan keluarga dicapai. Tidak perlu bimbang, baca dengan lebih lanjut lagi tentang masalah-masalah kesihatan lelaki yang dibincangkan dengan lebih mendalam pada pautan-pautan ini. Kami sedia membantu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan penting dan mahu berbincang lanjut dengan seorang doktor. Lawati doctoroncall.com.my