Consult a Specialist
Need Help?

Dapat rawatan daripada doktor-doktor yang berkelayakan.

Tanya Doktor Percuma

Kesihatan Seksual

Kesihatan seksual didefinisi sebagai kesejahteraan fizikal, mental serta sosial berhubung dengan seksualiti oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO). Ia bukan sekadar bebas daripada penyakit, disfungsi atau kelemahan. Kesihatan seksual bukan sekadar untuk mengelakkan penyakit seksual atau kehamilan yang tidak dirancang, malah ianya mengenai pengalaman seksual yang indah dan selamat tanpa diskriminasi dan keganasan. Setiap budaya dan individu mempunyai pemahaman dan tahap yang berbeza untuk kesihatan seksual. Walau bagaimanapun, mengenali hak seksual anda menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan seksual. Hak seksual termasuklah mempunyai akses kepada maklumat kesihatan seksual, pendidikan seksual dan rawatan kesihatan seksual. Tidak ada sebab untuk seseorang merasa malu tentang keinginan untuk mempunyai kesihatan seksual yang sihat. Ianya penting untuk mengetahui tentang kesihatan seksual dan mengenai rawatan penyakit kelamin. Doktor dapat membantu anda untuk menerangkan dan merawati masalah kesihatan seksual atau penyakit kelamin seperti Sifilis, Herpes, Gonorrhea, Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan lain-lain. Kehilangan selera, discaj berbau busuk dari bahagian kelamin, mempunyai ketuat adalah simptom-simptom yang mungkin anda akan mengalami sekiranya anda mengalami penyakit kelamin. Jika anda mengalami sebarang gejala, sila berjumpa doktor dengan segera. Klik di www.doctoroncall.com.my untuk berbincang dengan doktor.