Evra 6mg/600mcg Transdermal Patch

(0 Reviews)
  • 100% Tulen
  • Mesra Muslim

Original price was: RM115.87.Current price is: RM86.90.

99809 in stock
Buy now

Description

Pengenalan

Evra 6mg/600mcg Transdermal Patch ialah kontraseptif hormon yang mengandungi dua hormon aktif: norelgestromin dan etinilestradiol. Patch mudah digunakan ini dilekatkan terus pada kulit dan melepaskan hormon ke dalam badan secara perlahan-lahan sepanjang masa. Kesan sampingan biasa termasuk iritasi kulit di tempat tampalan, sakit kepala, payudara sensitif, perubahan emosi, atau loya. Jika anda mencari kaedah kontraseptif yang praktikal tanpa perlu ingat pil setiap hari, Evra boleh menjadi pilihan sesuai — discreet, mudah dibawa ketika travel, dan hanya perlu ditukar seminggu sekali.

Cara Pengambilan

Lekatkan 1 patch pada kulit yang bersih, kering, dan bebas bulu di bahagian punggung, abdomen, lengan atas luar, atau bahagian atas torso. Biarkan patch tersebut selama 7 hari, kemudian gantikan dengan patch baru.

Dos

1 patch setiap minggu selama 3 minggu berturut-turut, diikuti 7 hari tanpa patch setiap bulan.

Tempoh Luput

Jangka hayat Evra sekitar 2 tahun dari tarikh pengeluaran. Sentiasa semak tarikh luput pada bungkusan sebelum digunakan.

Penyimpanan

Simpan di tempat sejuk dan kering, bawah 25°C. Kekalkan dalam pek asal sehingga digunakan. Jauhkan daripada kelembapan dan cahaya matahari langsung.

Bahan Aktif

Evra patch mengadungi, Norelgestromin 6mg dan Etinilestradiol 600mcg.

Kesan Sampingan

  • – Iritasi atau kemerahan pada kulit
  • – Payudara sensitif atau sakit
  • – Sakit kepala atau migrain
  • – Loya
  • – Perubahan emosi atau mudah marah
  • – Lelehan dari faraj
  • – Pendarahan tidak teratur atau bertompok

Kontraindikasi

Jangan gunakan Evra jika anda mempunyai, sejarah darah beku, strok, serangan jantung, penyakit hati, kanser payudara atau rahim, pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan, kehamilan dan wanita berusia lebih 35 tahun yang merokok.

Interaksi Ubat & Makanan

Beberapa ubat boleh mengurangkan keberkesanan Evra, termasuk, antibiotik (cth: rifampicin), ubat sawan (anticonvulsant), ubat HIV / Hepatitis C dan Herba St. John’s Wort. Tiada interaksi dengan makanan, tetapi pastikan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi jika mengambil ubat lain secara berkala.

Petua Ringkas

  • Pastikan kulit bersih & kering sebelum lekat patch.
  • Jangan lekat pada kulit yang luka atau iritasi.
  • Tukar lokasi tampalan setiap minggu untuk elak iritasi.
  • Gunakan reminder atau catatan kalendar supaya tidak terlupa tukar patch.
  • Jika patch tercabut, ikuti arahan dalam risalah ubat sama ada perlu reapply atau ganti baru.
  • Jangan potong atau ubah suai patch.

Soalan Lazim

1. Di mana saya boleh beli Evra Patch di Malaysia?
Anda boleh membeli Evra secara online melalui farmasi kami di Malaysia, dengan penghantaran yang boleh dipercayai ke Malaysia dan Singapura.

2. Adakah preskripsi diperlukan untuk membeli Evra?
Ya, preskripsi doktor diperlukan untuk membuat pesanan Evra. Kami boleh membantu menghubungkan anda dengan doktor panel sekiranya diperlukan.

3. Berapa lama penghantaran Evra ke Singapura?
Biasanya 3–5 hari bekerja selepas pembayaran dan preskripsi disahkan.

4. Bolehkah Evra dipulangkan selepas dibeli?
Tidak, kerana ubat preskripsi tidak boleh dipulangkan atas sebab keselamatan. Pastikan produk & kuantiti betul sebelum membuat pesanan.

5. Apa yang perlu saya buat jika patch rosak sebelum digunakan?
Jangan gunakan patch yang sudah rosak atau bungkusan terkoyak. Hubungi kami segera untuk panduan penggantian.

6. Adakah pembungkusan rahsia (discreet) tersedia?
Ya, semua pesanan dihantar dalam pembungkusan sulit tanpa label produk untuk menjaga privasi anda.

Additional information

Packaging

3s

Authorship

Writer Avatar
Written by: Dr Sri Viknarajan
MD (Universiti Hasanuddin, Indonesia)
Reviewer Avatar
Reviewed by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
MD, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Back to Top
✖
Product has been added to your cart
Compare (0)