Saranan Makanan Untuk Melawan Demam Denggi

6 Tips Diet Untuk Denggi: Cara Dan Jenis Makanan - DoctorOnCall

Denggi kekal endemik di Malaysia sejak penularannya pada 1980-an1. Malangnya, ubat-ubatan atau vaksin khusus untuk mengelakkan jangkitan demam denggi masih belum ditemui2. Selain daripada menerima rawatan perubatan profesional, alternatif yang tersedia untuk melegakan simptom demam denggi anda adalah dengan menerima terapi sokongan, yang mengutamakan pengambilan diet yang dirancang dengan baik. Berikut adalah 6 saranan makanan untuk membantu anda melawan demam denggi.

Minum air yang banyak

Pesakit denggi terdedah kepada dehidrasi akibat demam yang tinggi, loya, muntah, anoreksia, dan cirit-birit3. Oleh itu, adalah penting untuk memantau jumlah pengambilan air dengan teliti. Pengambilan cecair yang mencukupi adalah salah satu terapi sokongan untuk pesakit denggi yang mengalami dehidrasi4.

Anda digalakkan untuk minum lebih daripada 8 gelas air sekiranya mengalami demam denggi, seperti yang disyorkan oleh KKM5. Jika anda tidak mengambil air yang mencukupi, ia boleh menyebabkan keadaan anda lebih terup seperti mengalami tahap kejutan6. Ini benar terutamanya jika anda mengalami demam denggi berdarah6

Selain air biasa, anda juga boleh minum air kelapa. Tahukah anda air kelapa diperkaya dengan vitamin, mineral, asid amino, dan fitohormon7? Ia membekalkan 5 jenis elektrolit penting yang diperlukan oleh badan dan terbukti berkesan dalam membantu anda menyembuhkan dehidrasi dan meningkatkan selera makan7

Jus buah-buahan dan larutan pengganti elektrolit adalah pilihan minuman berkhasiat lain yang juga membantu anda pulih daripada demam denggi8. Contohnya, pengambilan jus buah, terutamanya buah sitrus, adalah sumber vitamin terbaik dan meningkatkan imuniti anda9.

Makan makanan yang seimbang

Jika anda mengalami demam denggi, adalah penting untuk anda makan dengan kerap10! Walaupun anda digalakkan untuk mengambil makanan, anda tidak digalakkan untuk menjamu selera dengan memakan segala makanan yang ada. Anda harus mengambil diet seimbang yang terdiri daripada semua kelas makanan.

Kelas-kelas makanan ini memberikan nilai pemakanan yang berbeza untuk membantu anda pulih daripada demam denggi. Sebagai contoh, makanan yang kaya dengan protein dan zat besi boleh menguatkan sistem imun, membantu mencegah anemia dan memastikan badan anda bersedia untuk melawan jangkitan denggi10.

Elakkan makanan pedas dan berminyak

Apabila anda dijangkiti demam denggi, anda harus mengambil makanan dengan kandungan minyak yang minimum dan tahap kepedasan yang rendah. Sehingga anda pulih sepenuhnya, sebaiknya anda elakkan makanan berminyak dan pedas!11. Makanan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan anda dengan menyebabkan pelbagai masalah penghadaman11

Makanan berminyak mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan mengambil masa lebih lama untuk dihadam oleh badan yang boleh menyebabkan perut kembung dan rasa loya12. Sebaliknya, makanan pedas boleh menyebabkan cirit-birit, pedih ulu hati dan sakit perut13. Ini secara semula jadi akan melambatkan proses pemulihan anda daripada demam denggi. 

Lengkapkan diet anda dengan makanan yang mudah dihadam

Beberapa gejala biasa demam denggi adalah loya, muntah, sakit perut, dan cirit-birit. Anda dinasihatkan untuk mengambil diet yang lembut kerana ia boleh diterima dengan baik oleh badan, mudah dihadam dan tidak menyebabkan sebarang masalah penghadaman14. Jadi, diet cecair atau puri adalah pilihan terbaik15. Contohnya, bubur!

Bubur adalah salah satu makanan sihat yang mudah dihadam oleh badan. Tahukah anda bubur juga mengandungi kandungan air, serat dan nilai nutrien yang tinggi15,16? Ia membantu meningkatkan selera makan secara beransur-ansur.dan membekalkan tenaga yang mencukupi tanpa mengganggu sistem penghadaman anda17.

Selain daripada bubur, sup adalah alternatif makanan lain yang mudah dihadam. Diet cecair seperti sup lebih baik diterima daripada makanan pepejal dan ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral17. Ia berguna dalam menghidratkan badan dan mencegah dehidrasi dengan mengekalkan keseimbangan air dan elektrolit17.

Pastikan mengambil makanan yang berkhasiat tinggi

Apabila anda mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, seperti memilih makanan berlemak dan berminyak atau mengelakkan sayur-sayuran, anda meletakkan diri anda pada kedudukan berisiko untuk masalah kesihatan yang serius18. Cara mengatasi demam denggi adalah dengan memilih diet sihat dan berkhasiat yang berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan18.

Anda disyorkan untuk mengambil diet lembut yang tidak pedas, kaya dengan sumber protein dan rendah kandungan lemak dan minyak kerana ia membantu mengekalkan status pemakanan yang baik, meningkatkan kiraan sel darah merah, mengimbangi elektrolit dan pulih daripada demam denggi18. Diet anda boleh termasuk sayur-sayuran rebus, bubur nasi, sup, roti bakar dan buah-buahan18.

Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C

Ia adalah disyorkan agar anda memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C dalam diet anda kerana ia mengatasi kesan selepas demam denggi dan terbukti dikaitkan dengan tempoh kemasukan ke hospital yang lebih singkat19. Vitamin C mempunyai nilai berfaedah yang membantu melawan demam denggi dengan19,20

  • Meningkatkan kiraan platelet
  • Membantu penyembuhan luka
  • Meningkatkan lagi daya tahan badan
  • Mengekalkan kesihatan kulit, saluran darah, dan tulang
  • Melindungi sel dan memastikan ia berada dalam keadaan sihat

Berikut adalah 5 makanan yang diperkaya dengan Vitamin C, yang boleh anda ambil apabila anda dijangkiti demam denggi21!

Makanan

Vitamin C setiap Cawan

Vitamin C setiap 100g

Kiwi

167 mg

93 mg

Oren

96 mg

53 mg

Brokoli 

81 mg

89 mg

Jambu Batu

377 mg

228mg

Cili Benggala

152 mg

128 mg

Walaupun kebanyakan pesakit pulih daripada demam denggi dalam masa seminggu atau lebih, dalam beberapa kes, gejala boleh menjadi lebih teruk22. Tanda amaran demam denggi yang teruk adalah satu kecemasan yang boleh berkembang dengan cepat sehingga mengancam nyawa22. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan daripada doktor sebaik sahaja gejala diperhatikan. Cadangan pengambilan makanan di atas boleh dianggap sebagai satu bentuk penjagaan sokongan untuk membantu anda pulih daripada denggi.

Rujukan

Salim, N.A.M., Wah, Y.B., Reeves, C. et al. Prediction of dengue outbreak in Selangor Malaysia Using Machine Learning Techniques. Sci Rep | https://tinyurl.com/257cbzrd | Accessed on 20 September 2022

Centers for Disease Control and Prevention. Dengue Symptoms and Treatment | https://tinyurl.com/ycxekybv | Accessed on 20 September 2022

Kalayanarooj S, Vaughn DW, Nimmannitya S, Green S, Suntayakorn S, Kunentrasai N, Viramitrachai W, Ratanachu-eke S, Kiatpolpoj S, Innis BL, Rothman AL, Nisalak A, Ennis FA. Early Clinical And Laboratory Indicators of Acute Dengue Illness. National Library of Medicine | https://tinyurl.com/2kkjw32y | Accessed on 20 September 2022

Nasir NH, Mohamad M, Lum LCS, Ng CJ. Effectiveness of a Fluid Chart In Outpatient Management of Suspected Dengue Fever: A pilot study. National Library of Medicine | https://tinyurl.com/yuywwvcx | Accessed on 20 September 2022

Ministry of Health of Malaysia. Home Care Advice For Dengue Patients [Leaflet] | https://tinyurl.com/3run9azw | Accessed on 20 September 2022

Harris E, Pérez L, Phares CR, et al. Fluid Intake and Decreased Risk for Hospitalization for Dengue Fever, Nicaragua. Centers for Disease Control and Prevention | https://tinyurl.com/yc5sb6e5 | Accessed on 20 September 2022

Mishra S, Agrahari K, Shah DK. Intervention And Effect Of Coconut Water On Dengue Patients. International Journal of Innovative Research and Advanced Studies (IJIRAS). | https://tinyurl.com/5cudtk5b | Accessed on 20 September 2022

MIMS Malaysia. Supportive Therapy | https://tinyurl.com/57kjw764 | Accessed on 20 September 2022

Sorice A, Guerriero E, Capone F, Colonna G, Castello G, Costantini S. Ascorbic acid: Its Role In Immune System and Chronic Inflammation Diseases. National Library of Medicine | https://tinyurl.com/2s4hb7s5 | Accessed on 20 September 2022

Tua Saúde. What to Eat If You Have Dengue Fever (with a 3-day Diet Plan) | https://tinyurl.com/45kjxyzy | Accessed on 20 September 2022

Vinmec. Good Food For Dengue Fever Patients | https://tinyurl.com/bbz9vhs4 | Accessed on 20 September 2022

Mazzawi T, Bartsch E, Benammi S, Ferro RMC, Nikitina E, Nimer N, Ortega LJ, Perrotte C, Pithon JV, Rosalina S, Sharp A, Stevano R, Hatlebakk JG, Hausken T. Gastric Emptying of Low- and High-Calorie Liquid Meals Measured Using Ultrasonography in Healthy Volunteers. National Library of Medicine | https://tinyurl.com/ytf6p8bj | Accessed on 20 September 2022

Sunway Medical Centre I Sunway City. The Effects of Spicy Food | https://tinyurl.com/2zys53k9 | Accessed on 20 September 2022

Wellness Munch. Dietary Guideline For Dengue Fever Treatment | https://tinyurl.com/2p8m3xkm | Accessed on 20 September 2022

Singh K, Zeeshan Md, Ansari VA, Bagga P, Shakya P. Prevention and Control of Dengue by Herbal Remedies. Journal of Chemical and Pharmaceutical Research | https://tinyurl.com/2p8z98a3 | Accessed on 20 September 2022

SF Gate. What Are the Benefits of Eating Porridge? | https://tinyurl.com/36pe8dvx | Accessed on 20 September 2022

Wellness Munch. Dietary Guideline For Dengue Fever Treatment | https://tinyurl.com/2p8m3xkm | Accessed on 20 September 2022

Mishra S, Agrahari K, Shah DK. Prevention and Control of Dengue by Diet Therapy. International Journal of Mosquito Research | https://tinyurl.com/5ehdw9wf | Accessed on 20 September 2022

Langerman SD, Ververs M. Micronutrient Supplementation and Clinical Outcomes in Patients with Dengue Fever. National Library of Medicine | https://tinyurl.com/3ms67wdp | Accessed on 20 September 2022

NHS. Vitamin C | https://tinyurl.com/2bm4sscy | Accessed on 20 September 2022

Myfooddata. Top 10 Foods Highest in Vitamin C | https://tinyurl.com/5x2wn32w | Accessed on 20 September 2022

World Health Organization. Dengue and Severe Dengue | https://tinyurl.com/25khvpdb | Accessed on 20 September 2022

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)

Penafian:Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat Dalriada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan

C-ANPROM/MY/DENV/0096 NOV 2022