Denggi dan Chikungunya: Memahami Gejala, Diagnosis dan Rawatan

Denggi dan Chikungunya: Adakah Ia Sama? | DoctorOnCalll

Denggi dan Chikungunya adalahjangkitan bawaan nyamuk yang mempunyai ciri-ciri yang sama, menjadikannya sukar untuk dibezakan.[1] Ia membahayakan kesihatan awam dan kerap dikesan di kawasan tropika dan subtropika.

Gejala dan Tanda Denggi dan Chikungunya

Demam denggi biasanya menunjukkan gejala antara hari kedua hingga keempat belas selepas digigit nyamuk Aedes.[2] Chikungunya pula menunjukkan gejala antara hari ketiga hingga ketujuh selepas dijangkiti virus.[3] Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius seperti demam denggi berdarah/sindrom kejutan denggi, manakala chikungunya tidak menyebabkan komplikasi tersebut.[3] 

Adalah penting untuk diingat bahawa kedua-dua penyakit ini boleh mempunyai gejala yang sama[3] dan sukar untuk dibezakan. Namun, ciri ciri penyakit ini boleh membantu doktor membuat diagnosis yang tepat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

Bagaimana Mendiagnosis Denggi dan Chikungunya?

Pengesanan denggi dan chikungunya tepat pada masanya adalah penting untuk rawatan perubatan yang berkesan. Beberapa kaedah diagnostik digunakan oleh doktor untuk mengesahkan jangkitan dengan setiap satu disesuaikan dengan peringkat penyakit yang berbeza dan mungkin memerlukan peralatan makmal yang khusus.

Pilihan ujian yang sesuai bergantung pada tempoh jangkitan dan sama ada ujian itu tersedia di makmal atau pusat kesihatan.

Merawat Denggi dan Chikungunya

Rawatan awal adalah penting untuk demam denggi dan chikungunya. Walaupun tiada rawatan khusus untuk penyakit ini, pesakit digalakkan berehat, minum banyak air dan mengambil ubat penahan sakit jika perlu. Mari lihat dengan lebih terperinci langkah-langkah untuk mengurangkan gejala penyakit:

  • Dapatkan Rawatan Awal

Segera hubungi hospital dan dapatkan rawatan awal jika anda mengalami demam atau tinggal di kawasan yang terdedah kepada denggi atau chikungunya, [1]

  • Banyakkan Minum Air dan Rehat

Pastikan rehat secukupnya dan minum air yang banyak untuk membantu proses pemulihan badan.[1][4]

  • Mengambil Ubat Jika Perlu

Ambil paracetamol untuk demam dan ketidakselesaan badan serta elakkan penggunaan aspirin bagi pesakit yang berumur 12 tahun dan ke bawah.[1][4]

  • Penggunaan Tepid Compress

Gunakan kain yang dibasahkan dengan air suam untuk mengurangkan demam.[1]

Mana yang Lebih Berbahaya?

Kedua-dua denggi dan chikungunya adalah penyakit yang serius. Walau bagaimanapun, denggi menimbulkan risiko komplikasi yang lebih teruk, termasuk demam denggi berdarah[2] dan sindrom kejutan denggi.[5] Komplikasi ini boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera.[5]

Melawan Denggi dan Chikungunya Bersama!

Ia adalah amat penting untuk mengenali tanda-tanda penyakit, mendapatkan ujian pengesahan dan rawatan awal untuk memerangi denggi dan chikungunya, terutamanya di kawasan penularan utama.. Walaupun kedua-dua penyakit ini adalah serius, denggi mempunyai risiko komplikasi yang lebih besar.[5] Oleh itu, langkah pencegahan gigitan nyamuk harus diamalkan oleh semua.[2]

Sentiasa berwaspada, ambil langkah pencegahan dan berjumpa doktor jika anda mengalami sebarang gejala. Mari kita lawan demam denggi dan chikungunya serta lindungi komuniti kita!

Rujukan

  1. “Chikungunya fact sheet.” World Health Organization (WHO), 8 December 2022, https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/chikungunya. Diakses pada 29 September 2023.

  2. “Dengue Fever - PORTAL MyHEALTH.” MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 23 August 2011, http://www.myhealth.gov.my/en/dengue-fever/. Diakses pada 2 October 2023.

  3. “Chikungunya - PORTAL MyHEALTH.” MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 27 September 2011, http://www.myhealth.gov.my/en/prime-years-chikungunya-2/. Diakses pada 2 October 2023.

  4. “Treatment & Prevention | Chikungunya virus.” CDC, https://www.cdc.gov/chikungunya/hc/treatment-prevention.html. Diakses pada 2 October 2023.

  5. Alejandria, Marissa M. “Dengue haemorrhagic fever or dengue shock syndrome in children.” NCBI, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4392842/. Diakses pada 2 October 2023.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)

Penafian: Imej yang digunakan ialah pesakit hipotesis dan/atau profesional penjagaan kesihatan. Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan

C-ANPROM/MY/DENV/0263 FEB 2024