Henti Penularan Denggi dan Elak Dijangkiti!

Cegah & Kawal Penularan Wabak Denggi | DoctorOnCall

Demam denggi ialah penyakit virus yang mempunyai komplikasi yang serius seperti demam denggi berdarah. 1 2Mari kita kenali cara-cara penyebaran virus ini untuk mencegah demam denggi dan nyamuk dijangkiti virus denggi. 

Bagaimana Denggi Merebak Melalui Gigitan Nyamuk?

Denggi merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti oleh nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus yang terdapat di kebanyakan kawasan pedalaman di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia.1,3

Proses ini bermula dengan gigitan nyamuk Aedes pada individu yang mempunyai virus denggi dalam darah mereka.1 Selepas seminggu berlalu, nyamuk tersebut boleh menyebarkan virus dengan menggigit individu lain yang sihat.4 

Walaupun nyamuk Aedes boleh terbang sehingga 400 meter untuk mencari bekas takungan air untuk melepaskan telur, ia masih kekal dekat dengan habitat manusia.4 

Manusia tidak boleh menularkan denggi antara satu sama lain tetapi individu yang dijangkiti boleh menyebar virus kepada nyamuk lain.4

Dari Ibu kepada Anak: Dijangkiti semasa Lahir

Walaupun nyamuk merupakan kaedah utama penularan virus denggi dalam kalangan manusia, ia juga boleh berjangkit daripada ibu hamil kepada anaknya. Namun begitu, kadar penyebaran kaedah ini adalah rendah dan risiko dikaitkan dengan tempoh masa ibu dijangkiti virus semasa mengandung. Jika ibu dijangkiti DENV semasa mengandung, komplikasi seperti kelahiran pramatang, berat lahir rendah, dan kecacatan kelahiran boleh berlaku.1

Penularan Denggi di Pusat Kesihatan

Selain kaedah penularan daripada nyamuk, pusat kesihatan seperti hospital turut mengalami risiko penularan virus denggi melalui darah yang dijangkiti.1 Kaedah ini jarang berlaku dan dikenali sebagai jangkitan nosokomial yang boleh merebak melalui:5 

  • Transfusi darah

  • Kecederaan akibat tercucuk jarum suntikan

  • Pendedahan kulit atau membran mukosa(lapisan kulit dalam) kepada darah

Sebagai contoh, pada tahun 2014, Korea Selatan melaporkan kes pekerja makmal dijangkiti virus denggi akibat suntikan jarum walaupun persekitaran makmal selamat.7 Pekerja tersebut mengalami gejala sakit otot, muntah, menggigil dan demam.6 

Selain itu, Singapura turut melaporkan kes seorang penderma darah berkala tanpa sebarang gejala telah menderma darah dijangkiti virus denggi. Akibatnya, penerima ujian darah disahkan positif virus denggi jenis 2 (DENV2). Ini menunjukkan kepentingan mengamalkan langkah berjaga-jaga di pusat kesihatan.7

Mencegah Denggi: Strategi Penting!

Kaedah pencegahan demam denggi yang merangkumi tanggungjawab individu dan masyarakat adalah penting untuk mencegah penularan virus ini. Ini termasuk:8 

  • Bersihkan Kawasan Takungan Air: Periksa kawasan anda dengan kerap untuk sebarang tanda takungan air yang boleh menjadi habitat pembiakan nyamuk seperti pasu bunga, tayar, dan bekas serba guna.

  • Gunakan Ubat Nyamuk: Ubat nyamuk yang mengandungi DEET boleh digunakan ketika berada di luar, terutamanya semasa aktiviti nyamuk puncak.

  • Gunakan Pakaian Pelindung: Pilih pakaian yang menutupi badan seperti baju lengan panjang dan seluar panjang untuk melindungi kulit terdedah kepada gigitan nyamuk.

  • Pasang Skrin pada Tingkap dan Pintu: Pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan pintu untuk menghalang nyamuk daripada memasuki rumah.

Secara Ringkasnya

Kesimpulannya, demam denggi merupakan penyakit virus yang mempunyai pelbagai kaedah penularan dan memerlukan kewaspadaan dan perhatian ramai. Marilah kita bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah pencegahan demam denggi dari segi individu mahupun masyarakat.

Dengan berbuat demikian, kita dapat mengurangkan kesan demam denggi kepada masyarakat dan melindungi orang tersayang.

Rujukan

  1. Centers for Disease Control and Prevention. (2019). Dengue transmission. Diakses pada September 27, 2023, dari CDC: https://www.cdc.gov/dengue/transmission/index.html
  2. WHO. “Dengue and severe dengue.”17 March 2023, Diakses pada December 1, 2023 dari World Health Organization (WHO): https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue
  3. Zainon, N., Mohd Rahim, F. A., Roslan, D., & Abd-Samat, A. H. (2016). Prevention of Aedes Breeding Habitats for Urban High-rise Building in Malaysia. Journal of the Malaysian Institute of Planners, 5, 115–128. Diakses pada December 1, 2023 https://doi.org/10.21837/pmjournal.v14.i5.197 
  4. World Health Organization. (2019). Dengue and severe dengue. Diakses pada September 27, 2023, dariWHO: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/dengue-and-severe-dengue
  5. Almeida-Nunes, J., Marcilio, I., Oliveira, M. S., Gonçalves, E. M., Batista, M. V., Mendrone, A., Levi, J. E., Costa, S. F., & Levin, A. S. (2016). Hospital-Acquired Vector-Transmitted Dengue Fever: An Overlooked Problem?. Infection Control and Hospital Epidemiology, 37(11), 1387–1389. https://doi.org/10.1017/ice.2016.173
  6. Lee, C., Jang, E. J., Kwon, D., Choi, H., Park, J. W., & Bae, G. R. (2016). Laboratory-acquired Dengue Virus Infection by Needlestick Injury: A Case Report, South Korea, 2014. Annals of occupational and environmental medicine, 28, 16. Diakses pada December 1, 2023 https://doi.org/10.1186/s40557-016-0104-5
  7. The New England Journal of Medicine. “Dengue Hemorrhagic Fever Transmitted by Blood Transfusion.” Accessed 21 February 2024 https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/nejmc0708673#:~:text=A%2052%2Dyear,reaction%20(PCR)%20assay
  8. Centers for Disease Control and Prevention. (2023). Avoid Dengue by Preventing Mosquito Bites. Diakses pada September 27, 2023, dari CDC: https://www.cdc.gov/ncezid/dvbd/media/avoid-dengue.html
  9. WHO “WHO recommends R21/Matrix-M vaccine for malaria prevention in updated advice on immunization.”, 2 October 2023, Diakses pada December 1, 2023 dari World Health Organization (WHO): https://www.who.int/news/item/02-10-2023-who-recommends-r21-matrix-m-vaccine-for-malaria-prevention-in-updated-advice-on-immunization

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)

Penafian: Imej yang digunakan ialah pesakit hipotesis dan/atau profesional penjagaan kesihatan. Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan

C-ANPROM/MY/DENV/0262 FEB 2024