Sulit
4 tahun
Alat kelamin (zakar) Keluar nanah
Saya lelaki berumur 27 tahun menghadapi masalah keluar nanah pada zakar saya selepas dua hari melakukan hubungan seks bersama teman wanita saya . . 5 tahun yg lepas pernah juga terjadi masalah seperti ini tetapi hilang dgn sendirinya tanpa mengambil sebarang ubat ubatan dan bertemu dengan Doktor . apakah langkah dan ubat ubatan yg perlu diambil untuk menyembuhkan penyakit ini . didapati kekasih saya pada masa itu sedang mengalami masalah keputihan dan saya tidak memakai kondom . mintak bantuan Doktor apa yg perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Maka, bagi mengelakkan situasi memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Selain untuk mendiagnosis, sesetengah ubatan seperti antibiotik memerlukan preskripsi dan arahan pengubatan oleh doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan. Ini adalah supaya rawatan yang tepat dengan diagnosisi dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.