Adakah Jangkitan Saluran Kencing Sebab Kencing Kotor?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 5, 2020

Soalan:
Selamat pagi doktor. Saya seorang suri rumah yang berumur 26 tahun. Saya baru sahaja berkahwin dan masih belum mempunyai anak. Suami saya bekerja sebagai seorang pengurus syarikat. Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai sedikit masalah kesihatan dan berasa sangat bimbang untuk memberitahu orang lain mengenai perkara ini. Saya mempunyai masalah kepedihan apabila membuang air kecil. Pada mulanya kepedihan tersebut boleh ditahan tetapi selepas dua hari kepedihan tersebut sangatlah teruk sehingga saya tidak boleh tahan. Kebiasaannya kepedihan tersebut mencapai kemuncak pada awal pagi semasa membuang air kecil pertama. 

Selain itu, saya juga rasa tidak selesa di bahagian ari-ari yang menyebabkan saya tidak boleh melakukan kegiatan seharian dan demam selama 3 hari serta kencing saya berbau busuk. Tambahan pula, saya kerap terasa nak terkencing tetapi apabila ke tandas kuantiti air kencing yang keluar hanyalah sedikit. Saya tidak pernah mengalami masalah seperti ini dan berasa sangat takut. Saya melayari internet untuk mengenal pasti masalah saya ini, dan didapati saya mungkin mendapat kencing kotor atau jangkitan kuman pada bahagian faraj saya. Saya sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap menukar tuala wanita semasa datang haid tetapi jangkitan ini datang juga. Apa itu kencing kotor? Bolehkah doktor tolong menerangkan kepada saya punca mendapati jangkitan kuman ini? Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawati keadaan saya ini?
Jawapan:
Terima kasih puan atas soalan tersebut dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab segala persoalan Puan. Berdasarkan apa yang puan nyatakan, mungkin puan tidak mempunyai jangkitan kuman di faraj tetapi puan ada jangkitan kuman di saluran air kencing yang dikenali sebagai kencing kotor atau ‘urinary tract infection (UTI)’.Kencing kotor ialah jangkitan kuman di saluran air kencing. Hal ini sangat biasa dialami oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek sekaligus membuatkan mereka lebih senang dijangkiti kuman

Justeru itu, puan haruslah kerap minum air untuk membersihkan saluran air kecil dan mengelakkan pembiakan bakteria. Gejala kencing kotor ini ialah seperti kepedihan membuang air kecil, kekerapan kencing, air kencing berbau busuk dan lain-lain. Puan bolehlah mendapatkan konsultasi doktor untuk menyembuhkan kencing kotor ini. Doktor akan melakukan beberapa ujian dengan sampel air kencing puan dan mengenal pasti bakteria yang menjadi punca jangkitan ini. Seterusnya, doktor akan memberi ubat anitbiotik tertentu untuk memastikan bakteria tersebut dapat dibunuh. Puan haruslah minum air yang banyak sekurang-kurangnya 10 gelas sehari dan memastikan antibiotik diambil sehingga habis.

APAKAH PENYEBAB KENCING KOTOR

  • Penyebab utama kencing kotor atau lebih dikenali dengan nama ‘urinary tract infection (UTI)’ialah jangkitan kuman pada tempat pengeluaran air kecil. Penyakit ini selalunya dialami oleh wanita.
  • Hal ini kerana wanita mempunyai saluran air kencing yang pendek yang memudahkan pergerakan bakteria. Bukan sahaja ia pendek tetapi sangat berhampiran dengan tempat pembuangan air besar yang mempunyai pelbagai kuman di sana. Kuman yang paling kerap menjangkiti tempat buang air kecil ialah Escherichia coli (E.coli).
  • Selain itu, kencing kotor juga boleh didapati melalui hubungan seks.Perkara ini lebih memberi kesan kepada golongan wanita daripada lelaki tetapi kekerapan meminum air dapat menghindari masalah ini.
  • Terdapat juga beberapa masalah lain yang menjadi penyebab UTI ini seperti pesakit yang ada masalah batu karang atau masalah pundi kencing.
  • Wanita mengandung juga haruslah berhati-hati kerana mudah mendapat kencing kotor ini. Hal ini kerana wanita semasa mengandung menghasilkan hormon yang mengakibatkan saluran buang air mereka menjadi besar.
  • Selain itu, golongan lain adalah golongan yang sistem imun badannya lemah seperti pesakit HIV atau AIDS.

APAKAH GEJALA KENCING KOTOR

Gejala kencing kotor yang perlu diawasi ialah kepedihan semasa membuang air kecil sewaktu habis buang air kecil. Selain itu, pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian bawah perut dan kekerapan rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit. Seterusnya, kencing berbau busuk, air kencing mengandungi darah dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula, ada sesetengah orang yang mempunyai air kencing keruh disebabkan jangkitan ini dan gejala lain adalah seperti demam dan menggigil.

BAGAIMANA UNTUK RAWATI KENCING KOTOR

  • Kencing kotor dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik. Buat masa sekarang, antibiotik sememangnya merupakan rawatan yang paling berkesan. Namun tidak semua orang akan diberi antibiotik. Hal ini kerana pemberian antibiotik secara berleluasa akan memberi peluang kepada bakteria melawan antibiotik. Sekiranya ini berlaku, bakteria akan menjadi kebal terhadap antibiotik yang diberi dan terus menguasai kesihatan pesakit.
  • Oleh itu, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi semasa pemberian antibiotik. Contohnya, pesakit haruslah mempunyai simptom kencing kotor dan pesakit yang mengandung tetapi tidak mempunyai simptom. Hanya 2 golongan ini yang digalakkan diberi antibiotik. Golongan yang tidak mempunyai simptom dan tidak mengandung disarankan minum banyak air untuk mencuci saluran air kencing sekaligus membasmikan kuman.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGESAN KENCING KOTOR

  • Cara yang paling utama untuk mengesan jangkitan kuman ini adalah dengan mengkaji air kencing pesakit tersebut. Air kencing yang diambil haruslah ‘mid-stream urine’ yang bermaksud air kencing tersebut haruslah diambil dari pertengahan kencing dan bukan pada mula atau akhir. Hal ini kerana sekiranya pesakit mengambil air kencing pada permulaan maka bekas yang diberi akan dicemari bakteria yang berada di saluran awal air kencing.
  • Apabila air kencing telah diperolehi, ujian air kencing yang bernama‘urine full examination and microscopic examination’ serta ‘urine culture’ akan dilakukan. Ujian ini membantu mengkaji kandungan air kencing serta melihat bakteria apa yang membiak di air kencing. Ujian ini juga dapat mengenal pasti sekiranya air kencing tersebut mempunyai sel darah merah atau putih atau glukosa.
  • Kencing kotor akan menghasilkan keputusan kencing yang memiliki elemen nitrate dan sel darah putih serta sedikit sel darah merah. Hal ini dapat mengukuhkan lagi diagnosa kencing kotor.

MENGAPAKAH AIR KENCING MERUPAKAN TEMPAT PEMBIAKAN BAKTERIA

Air kencing merupakan tempat pembiakan bakteria kerana mengandungi kandungan urea yang tinggi serta pH air kencing rendah iaitu sebanyak 5.5 dan kandungan asid. Butiran inilah yang mendorong bakteria membiak di air kencing kerana ini menjadi nutrient kepada bakteria.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA TIDAK MERAWAT UTI INI

Sekiranya seseorang itu dijangkiti kuman pada saluran air kencing dan tidak mengambil ubat untuk merawatnya manakala ada kemungkinan besar jangkitan kuman tersebut boleh merebak ke bahagian lain saluran kencing seperti buah pinggang atau pundi kencing. Salah satu tanda utama buah pinggang telah dijangkiti kuman ialah apabila air kencing menjadi keruh. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pyelonephritis’.

APAKAH KOMPLIKASI JIKA KENCING KOTOR BERLARUTAN

Sekiranya kencing kotor ini dibiarkan berlarutan maka ianya akan menyebarkan lagi pembiakan bakteria ke tempat-tempat lain di badan kita. Antaranya ialah jangkitan kuman pada testis iaitu ‘orchitis’, jangkitan kuman pada buah pinggang iaitu ‘pyelonephritis’, jangkitan kuman di pundi kencing iaitu ‘cystitis’ dan jangkitan kuman yang tersebar dalam saluran darah iaitu ‘urosepsis’. Semua perkara ini sangat membahayakan kerana boleh merosakkan organ-organ tersebut lalu mengundang maut. Jadi, perkara ini harus dibendung dari awal lagi supaya tidak menjadi serius pada masa akan datang.

APAKAH CARA-CARA PENCEGAHAN BERLAKUNYA KENCING KOTOR

  • Cara yang paling utama untuk mencegah masalah ini ialah minum sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari untuk membantu mencuci saluran air kencing. Selain itu, setelah membuang air besar, cara pencuciannya haruslah dari belakang dan bukan dari depan.
  • Kebanyakan wanita mempunyai tabiat mencuci dari depan. Oleh itu, bakteria dari belakang akan terbawa ke faraj lalu memasuki saluran air kencing dan mengundang jangkitan kuman.
  • Cara lain adalah dengan menukar tuala wanita dengan lebih kerap, membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan seks, tidak memakai pakaian dalam yang ketat untuk memberikan pengudaraan yang cukup.

BOLEHKAH KAUM LELAKI MENDAPAT KENCING KOTOR

Semua individu tidak mengira jantina dan umur boleh mendapat kencing kotor tetapi kekerapannya lebih tinggi dalam golongan wanita. Ianya jarang berlaku pada kaum lelaki kerana mereka mempunyai saluran air kencing yang panjang. Justeru itu, bakteria susah untuk membiak di tempat tersebut.

Sebagai kesimpulannya, seseorang perlulah mengambil langkah-langkah pencegahan air kencing kotor supaya kejadian ini tidak berlaku dan mengganggu kehidupan seharian. Selain itu, kita juga haruslah minum air dalam kuantiti yang banyak setiap hari untuk kehidupan yang lebih sihat serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

Layari laman web www.doctoroncall.com.my 

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - kencing kotor lelaki, kencing kotor semasa hamil, warna kencing kotor, ubat kencing kotor di farmasi, kencing kotor tanda awal hamil

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20